Nuffnang Ads

Tuesday 19 November 2013

Isu Perkauman Terus Jadi Senjata Utama Pembangkang Raih Simpati Rakyat

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique membidas tindakan pembangkang yang seringkali membangkitkan sentimen perkauman apabila timbulnya isu-isu yang melibatkan kaum dan agama, semata-mata untuk meraih simpati rakyat serta mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan.
Menurut beliau, isu perkauman kini dilihat menjadi senjata bagi pembangkang dalam usaha mereka untuk menimbulkan kebencian di kalangan rakyat, khususnya bukan Melayu terhadap pimpinan kerajaan hari ini.
“Sebagai contoh yang terbaru, mereka cuba membangkitkan sentimen kaum berhubung isu kuil Muneswarar di Jalan P. Ramle, sedangkan hakikatnya isu tersebut bukanlah isu kaum atau agama, tetapi ianya merupakan isu pencerobohan tanah persendirian.
“Perkara ini telah pun dijelaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor secara panjang lebar di dalam parlimen.
v-sivakumar-dap-tronoh-perak-rasis-perkauman-politik-agama-kaum-sempit-kuil-parlimen
“Namun pembangkang tetap mahu menimbulkan isu perkauman dengan niat untuk menimbulkan syak wasangka dan perasaan tidak puas hati termasuk di kalangan parti komponen BN sendiri,” tegasnya di sini hari ini.
Tambahnya lagi, pembangkang  kini gemar memainkan isu tersebut apabila mereka melihat isu perkauman ini berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat terutama kaum bukan Melayu untuk membenci UMNO dan kerajaan.
“Kita lihat seperti isu-isu sebelum ini seperti isu Teoh Beng Hock, isu kematian S. Kugan yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan isu perkauman, dimanipulasikan oleh pembangkang sebagai isu perkauman sehingga mempengaruhi sesetengah rakyat di negara ini.
“Tindakan pembangkang yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka amat bahaya kerana ini boleh merobek keharmonian  yang selama ini disemai antara kaum yang sekaligus boleh menjejaskan keamanan di negara ini,” ujarnya.
tengku-adnan-menteri-wilayah-isu-roboh-runtuh-kuil-haram-umno-bn
Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di negara ini melihat isu-isu yangdibangkitkan oleh pembangkang, khususnya berkaitan dengan kaum dan agama dengan lebih rasional dan tidak mudah menelan setiap dakwaan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan.
“Jika kerajaan hari ini, di bawah teraju BN adalah kerajaan perkauman, maka golongan bukan Melayu tidak akan dapat mengecapi nikmat dan kemewahan seperti mana yang mereka nikmati hari ini.
“Kita boleh lihat betapa nasib sesetengah etnik atau kaum yang berada di dalam sebuah negara yang mengamalkan pentadbiran bersifatkan perkauman yang jauh lebih malang nasib mereka jika mahu dibandingkan dengan keadaan di negara ini.
“Kaum bukan Melayu di negara ini bukan saja hidup dengan aman dan tenang, bahkan boleh jadi kaya raya dan menguasai ekonomi di bawah keadilan pentadbiran BN.  Jadi, isu-isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pembangkang itu tidak lain hanyalah untuk meraih keuntungan politik mereka, biarpun mereka terpaksa memperjudikan keharmonian dan keselamatan negara,” akhiri beliau.

No comments:

Post a Comment