Krisis hilang kepercayaan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya kalangan kepimpinan mereka sendiri hari ini dilihat semakin kronik. Malah jika dihitung sehingga ke hari ini, bukan calang-calang pemimpin mereka yang bertindak sedemikian.
Bekas Setiausaha Agungnya, Datuk Salehudin Hashim, Dr Chandra Muzaffar yang merupakan antara pengasas, Dr Halili Rahmat, Datuk Zulkikifli Nordin, Datuk Zahrain Hashim, Ezam Mohd Nor dan ramai lagi merupakan sebilangan contoh yang mengambil tindakan keluar parti.
Menjawab persoalan tersebut Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Zahid Md. Arip berkata melihatkan kepada senario di atas, tidak peliklah rakyat pun tidak yakin dan tidak mempercayai parti tersebut.
Katanya lagi atas faktor itulah mereka tidak mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu dan Barisan Nasional (BN) masih lagi diberi kepercayaan untuk terus menerajui kepimpinan negara hari ini.
“Lagi pun dengan realiti berkenaan, bagaimanakah rakyat mahu mempercayai serta meyakini sebuah parti yang dihimpit dengan masalah kepimpinan mereka sendiri.
“Rakyat tentunya boleh membuat penilaian terbaik dan mendalam dalam soal ini…Bukan seorang dua tetapi cukup ramai…Kalau pemimpin sendiri hilang kepercayaan bagaimana rakyat mahu percayakan lagi,” ujarnya.
Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah hakikatnya pemimpin mereka sendiri pun terkejut dengan apa yang berlaku di dalam parti berkenaan.
“Bukanlah maksud dan niat saya untuk mengungkit kisah-kisah lama tetapi hakikatnya begitulah….Perkara ini masih lagi baru berlaku dan kita boleh lihat bagaimana krisis kepimpinan yang berlalu di Sabah hari ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment