Nuffnang Ads

Friday, 15 November 2013

DR. M KECEWA WAWASAN 2020 TIDAK LAGI DIGUNA

“Saya tidak tahu apa dah jadi selepas zaman saya,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika program sepetang bersamanya di pekarangan Muzium Padi di sini, hari ini.

Ini kerana pada kebiasaannya seorang pemimpin akan buat sesuatu atau agenda yang baru supaya terus diingati rakyat.

Sebagai contoh, beliau menjadikan Wawasan 2020 sebagai matlamat tetapi sudah tidak digunakan lagi pemimpin baru dalam memajukan negara ini selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri.

“Kita buat Wawasan 2020. Kalau dia buat juga Wawasan 2020 sudah pasti orang tidak akan mengingatinya. Sebab itu dia buat yang lain untuk rakyat mengingatinya.

“Kemudian muncul Islam Hadhari. Selepas pemimpin berkenaan tidak memegang jawatan lagi, muncul pula National Key Result Areas (NKRA), transformasi dan sebagainya. Siapa yang terlibat dalam perkara ini, sudah pasti si pulan dan si pulan,” katanya sambil senyum sinis.

Turut hadir Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Aminuddin Omar.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, negara ini perlu ada perubahan yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

“Tapi yang lebih baik itu kadang-kadang tidak jadi lebih baik, jadi lebih teruk. Itu pun tidak ada penerusan daripada apa yang ada pada sebelumnya. Tapi ada juga sedikit sebanyak kaitan dengan apa yang dilaksana sebelumnya.

“Nak cari yang buruk itu mudah. Kadang-kadang kita buat tidak kena, orang suruh kita berhenti. Pada saya, penerusan itu perlu berlaku kerana ia ada kaitan. Perkara yang kita buat sebelum ini tidak boleh dilupakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment