Nuffnang Ads
Wednesday, 30 April 2014
KITA KENA BANTAH GST - ANWAR
Mai Pikiaq Pi: Apa-apa ajelah labu... At last ko Anwar tenggelam dengan labu ko.....Hahaha!!!
Jadikan Hudud Polemik Politik, Pas Terperangkap Antara Prinsip Dan Maruah Sendiri
Perancangan untuk Pas membawa usul bagi membentangkan pelaksanaan hudud di Parlimen untuk Negeri Kelantan seakan menjadi satu polemik politik dalam pakatan pembangkang dengan sesama mereka tidak sealiran memberikan jawapan.
Bagi Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia, (Mubarak), Datuk Abdul Rahman Ibrahim, sokongan UMNO secara terbuka terhadap hukum hudud kekal konsisten namun malangnya dalam pakatan itu sendiri wujud kenyataan yang berdolak-dalik.
“Kepimpinan UMNO sudah menegaskan bahawa parti ini tidak pernah menolak hudud dan akan menyokong cadangan bagi membawa usul pembentangannya di Parlimen namun antara Pas dan anggota pakatan iaitu DAP dan PKR tidak mempunyai kata-kata sepakat,” katanya.
Dalam hal ini, Ketua Penerangan Mubarak, Datuk Abdul Rahman Sulaiman menganggap pelbagai kenyataan berlainan yang disajikan oleh para pemimpin pakatan pembangkang berkaitan cadangan pembentangan hudud di Parlimen menunjukkan ketidakikhlasan mereka.
“Jika mereka benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud maka tentunya mereka akan meneruskan niat untuk pembentangannya di Parlimen tanpa mengambil kira kepada cakap-cakap negatif dan sikap kurang senang anggota DAP atau PKR sendiri.”
Terbaru, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata pakatan pembangkang memerlukan sedikit lagi masa untuk berbincang dan membuat pendirian berhubung usaha Pas membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen berkaitan hudud di Kelantan.
Jawapan DAP pula berkenaan isu tersebut telah disuarakan melalui Setiausaha Organisasi Kebangsaannya, Anthony Loke Siew Fook yang meminta Pas menghormati muafakat yang telah dipersetujui secara bersama dalam pakatan atau berundur daripada ikatan terbabit sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
“Sekarang siapa yang mahu Pas persalahkan kerana UMNO tidak pernah menolak hudud malah secara jelas menyokong cadangan untuk membawa pembentangannya di Parlimen.
“Dengan apa yang berlaku sekarang ini sebenarnya secara langsung memberi ruang kepada rakyat membuat penilaian bahawa siapa sebenarnya yang menentang hukum hudud kerana selama ini pakatan pembangkang khususnya Pas menebarkan persepsi kononnya UMNO tolak hudud.”
Ujar beliau, sekiranya DAP yang lantang menentang pelaksanaan hudud maka tentunya ia boleh difahami kerana umumnya mereka bukan Islam dan tidak memahaminya namun persoalannya bagaimana pula dengan PKR yang kebanyakan anggota termasuklah pemimpinnya beragama Islam.
“Kalau sesama mereka tidak boleh diyakini oleh Pas maka janganlah pula gunakan ruang untuk menempelak UMNO sedangkan kenyataan Perdana Menteri sendiri adalah jelas bahawa kerajaan menyokong hudud, malah selama ini pun Pas hanya menggunakan hudud sebagai modal politik terutamanya apabila populariti merudum.”
Dalam hal ini beliau menyelar anggota jawatankuasa Pas pusat Khalid Samad yang seakan menyalahkan kerajaan dengan berkata seharusnya usul untuk membentangkan pelaksanaan hudud di Kelantan akan lebih mudah diterima jika dikemukakan sendiri oleh kerajaan dan bukannya hanya menyokong dari belakang.
“Yang menyuarakan untuk melaksanakan hudud ialah Pas, yang mahu membawanya ke Parlimen juga Pas, namun malangnya perancangan mereka tidak mendapat sokongan dari pakatan pembangkang dan kemudiannya mengapa pula UMNO yang nak dipersalahkan?
“Kita sendiri boleh lihat, siapa yang tentang pelaksanaan hudud dan siapa yang mahu menyokongnya, sekarang terserahlah kepada Pas sama ada mahu meneruskan agenda mereka atau tunduk kepada Dap dan PKR kerana UMNO masih terus menegakkan syiar Islam sebagaimana yang menjadi teraju dalam pentadbiran kerajaan hari ini,” tegas beliau lagi.
MH370: Dakwaan penemuan di Teluk Benggala ditolak Australia
Pihak berkuasa Australia pada Rabu menolak dakwaan oleh sebuah syarikat carigali laut bahawa bahan yang ditemui di Teluk Benggala ada kaitan dengan kehilangan pesawat Penerbangan (MAS), MH370 yang hilang sejak mac lalu..
Syarikat GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide itu dipetik oleh media Malaysia dan Siaran Televisyen 7 Australia sebagai berkata bahawa mereka telah mengesan serpihan yang berkemungkinan berasal daripada pesawat terebut kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.
Pada Selasa, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sedang mengesahkanmaklumatitu namun Pusat Penyelarasan Bersama Agensi Australia (JACC) hari ini menolak kemungkinan itu.
“Lokasi MH370 seperti dakwaan GeoResonance (di Teluk Benggala) itu bukan dalam zon pencarian dan menyelamat Australia,” seorang jurucakap kepada agensi kerajaan itu memberitahu AFP.
“Operasi pencarian yang diketuai oleh Australia ini bergantung kepada data satelit dan lain-lain untuk menentukan lokasi pesawat hilang. Lokasi ditentukan menerusi laporan GeoResonance, bukannya datang dari sumber carian sedia ada.
“Pasukan siasatan bersama antarabangsa telah berpuas hati lokasi terakhir pesawat hilang adalah di bahagian selatan lengkok carian.”
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang itu hilang selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.
Berdasarkan perkiraan menerusi kelajuan, jumlah minyak dan data satelit, penyiasat percaya pesawat telah melencong dari laluan asal dan hilang di Selatan Lautan Hindi ke timur Australia, meskipun sehingga kini tiada sebarang petunjuk atau serpihan diperolehi.
Pencarian udara telahpun ditamatkan sementara pencarian dasar laut menggunakan teknologi kapal selam kawalan jauh kini digunakan untuk mencari di kawasan seluas 56,000 kilometer persegi.
GeoResonance yang pakar dalam bidang kaji selidik geofizikal untuk mencari minyak dan gas, air bawah tanah dan uranium berkata, kajiannya menggunakan imej satelit dan pesawat telah mengenal pasti elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan dari pesawat.
Syarikat itu berkata sehingga kini ia telah membuat kajian ke atas kawasan seluas 2,000,000 kilometer persegi.
“Kami mengenal pasti elemen kimia dan bahan dari pesawat Boeing 777…termasuk aluminium, titanium, tembaga, besi dan bahan-bahan lain,” wakil syarikat Pavel Kursa memberitahu Saluran Channel Seven.
Seorang lagi wakil syarikat itu memberitahu: “Kami tidak cuba mengatakan secara pasti ia milik MH370 tetapi ia adalah petunjuk yang kami rasa perlu disiasat.”

MH370: GeoResonance serah maklumat Teluk Benggala sejak 31 Mac lepas
Syarikat penerokaan Australia yang mendedahkan kemungkinan ia menemui bangkai dipercayai sebuah pesawat yang terdampar di dasar laut di Teluk Benggala mendakwa telah menyerahkan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa yang terlibat dengan penyiasatan kehilangan MH370 tetapi ia tidak dipedulikan.
GeoResonancedalam satu kenyataan memaklumkan ia telah menyerahkan laporan akhir penemuan itu termasuk kedudukan sebenar bangkai berkenaan kepada Malaysia Airlines (MAS), kerajaan Malaysia dan China melalui kedutaan masing-masing di Canberra serta Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang bertanggungjawab ke atas pencarian MH370 di Lautan Hindi.
Ia bagaimanapun terkejut dengan kurangnya maklum balas daripada pihak berkuasa berkenaan.
"Mungkin kerana mereka kurang faham dengan kemampuan teknologi (GeoResonance) atau JACC sangat sibuk atau (mereka) percaya carian di selatan Lautan Hindi sekarang adalah satu-satunya lokasi bangkai pesawat yang munasabah," kata GeoResonance dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
GeoResonance memaklumkan ia menggunakan teknologi yang telah terbukti dalam usaha mengesan antaranya kapal dan pesawat yang tenggelam. Ia juga memaklumkan teknologi sama digunakan dengan berjaya dalam industri penerokaan perlombongan.
Dalam kenyataannya, GeoResonance menjelaskan pendedahan syarikat itu pada Isnin bukan bertujuan untuk mencari publisiti sebaliknya hanya mahu mengetengahkan maklumat tersebut kepada perhatian pihak berkuasa.
GeoResonance merasakan ia mempunyai "tanggungjawab moral untuk membantu keluarga 239 penumpang dan krew penerbangan MH370 dengan mengeluarkan penemuan ini supaya pihak berkuasa boleh menyiasat".
Syarikat itu mula membuat carian diTeluk Benggalasebelum usaha mencari pesawat Boeing 777-200 berpindah ke selatan Lautan Hindi dan mengesan apa yang mereka percaya bangkai sebuah pesawat penerbangan komersial.
Operasi syarikat itu melibatkan 23 pegawai penyelidik dan dibuat "untuk membantu keluarga penumpang dan krew yang hilang" kerana syarikat itu mempunyai teknologi yang mampu melakukan penyelidikan di dasar laut.
Bangkai itu dikesan di kawasan yang terletak kira-kira 190 kilometer ke selatan Bangladesh di Teluk Benggala dan terletak lebih kurang 1000 atau 1100 meter dari permukaan laut.
"(Kami) tidak mengisytiharkan ini ialah MH370 bagaimanapun ia perlu disiasat," kata kenyataan itu.
GeoResonance membuat carian mengunakan imej yang dirakamkan di empat zon di utara dan barat laut Malaysia pada 10 Mac sebelum ia mengesan kejanggalan di satu kawasan di Teluk Benggala. Ia kemudian membuat perbandingan dengan rekod imej yang diambil pada 5 Mac.
GeoResonance memberitahu ia pertama kali berkongsi maklumat itu dengan MAS dan pihak kedutaan Malaysia dan China di Canberra pada 31 Mac — 24 hari selepas pesawat penerbangan MH370 itu hilang dan lebih kurang seminggu sebelum kotak hitam dapat bertahan.
Maklumat sama kemudian diserahkan kepada JACC di Perth pada 4 April sebelum laporan lengkap diserahkan kepada semua pihak pada 15 April.
Pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China. Ia kemudiannya dikesan berpatah balik tidak sampai satu jam kemudian dan kali terakhir dikesan oleh radar kira-kira 320 kilometer ke barat laut Pulau Pinang pada pukul 2.15 pagi.
Usaha mencarinya digerakkan di Laut China Selatan sebelum diperluaskan ke utara Selat Melaka. Pada 17 Mac, usaha mengesan pesawat malang itu kemudian dipindahkan ke Lautan Hindi dan disertai oleh beberapa negara antararabangsa.
Tujuh hari selepas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, berdasarkan maklumat satelit terbaru, penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Malaysia setakat ini menegaskan akan meneruskan usaha mencari pesawat yang hilang itu.

MH370: Syarikat penerokaan Australia dakwa kemungkinan jumpa pesawat
Sebuah syarikat penerokaan Australia telah mendakwa telah menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh7News Australiamenyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac, dan telah mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu selatan Lautan Hindi.
Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.
"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik7News.
Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana P itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.
Saintis syarikat tersebut juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebih 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.
Kata Pope, GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.
"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru boleh kami lakukan susulan," kata Pope.
Dalam pada itu, seorang lagi jurucakap syarikat, Pavel Kyrsa memberitahu bahawa beberapa unsur yang terdapat pada pesawat komersil, telah dikesan di kawasan Teluk Bengal itu.
Katanya unsur yang dikesan itu merupakan unsur kimia yang digunakan pesawat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain.
Terdahulu, dalam sidang taklimat bersama media di Perth pada Isnin, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata kemungkinanpenemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah tipis.
Kata Abbot, misi pencarian kini telah memasuki fasa baru dimana setakat ini, pencarian menerusi udara, permukaan mahupun dalam laut masih belum berhasil.
Abbott menerangkan bahawa misi pencarian baru ini akan memberi fokus kepada satu kawasan yang lebih luas di dasar laut.

Lokasi penemuanobjek yang didakwa berkemungkinan bangkai MH370 di Teluk Bengal.

Adakah dakwaan wanita balik umrah benar?
Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuahsyarikatpenerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.
Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.
Dalam satu laporan berita daripada7News Australiasemalam pula, menyatakan bahawa syarikatGeoResonanceyang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.
Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.
"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.
Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.
Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.
Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.

Alkisah Obama Dan Keterujaan Anwar Yang Melucukan!!!
Jika dilihat hiruk-pikuk kemarahan penyokong Anwar Ibrahim terhadap Presiden Barrack Obama kerana beliau enggan menemui ketua pembangkang tersebut sangat aneh. Sungguh besar perasaan takjub Anwar Ibrahim kepada Obama sehinggakan tidak berjumpa beliau merupakan satu kekurangan yang amat sangat.
Anwar Ibrahim patut sedar diri bahawa beliau hanyalah seorang Ketua Pembangkang, bukannya Ketua Kerajaan. Secara diplomatiknya tiada sebab seorang Presiden sebuah negara lain hendak berjumpa dengan Ketua Pembangkang.
Dalam hubungan diplomatik yang harmoni, berjumpa Ketua Pembangkang mana-mana negara bukan satu tindakan yang waras. Apatah lagi berjumpa Ketua Pembangkang seperti Anwar Ibrahim.
Yang anehnya, mengapa PKR begitu marah dan beria-ia menimbulkan isu Obama tidak mahu berjumpa Anwar? Apakah pada mata Anwar, Obama begitu agung dan mulia?
Jika dilihat berita Anwar sejak beberapa tahun kebelakangan ini Anwar sangat ghairah dengan Barat tetapi jarang sekali menunjukkan keghairahannya dengan ibadah Haji mahu pun gerakan Islam.
Bilakah kali terakhir anda membaca Anwar Ibrahim mengerjakan haji? Ini tentu sangat luar biasa, kita langsung tidak perasan sama ada Anwar ke Mekah mengerjakan Haji atau tidak tetapi satu Malaysia tahu beliau mahu berjumpa Obama biarpun “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.”
Sungguhpun Anwar mahu menyalahkan Najib kerana sikap Obama, namun hakikat sebenar ialah Anwar tidak penting kepada Presiden Amerka Syarikat tersebut.
Sungguhpun Anwar mahu menyalahkan Najib kerana sikap Obama, namun hakikat sebenar ialah Anwar tidak penting kepada Presiden Amerka Syarikat tersebut.
Seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, terpulang kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sama ada mahu berjumpa atau tidak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Itu hak dia (Obama), suka hati dia nak jumpa siapa, saya yang bekas perdana menteri ini pun dia tak nak jumpa,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Parti PKR yang kesal Obama yang akan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini Sabtu depan, tidak berjumpa Anwar.
Tambah Dr Mahathir, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Obama daripada berjumpa sesiapa pun termasuk Anwar.
“Kalau tidak puas hati pergi tanya sendiri kepada Obama kita (kerajaan) halang ke atau tidak Anwar nak jumpa,” katanya.
Lawatan tiga hari Presiden AS itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.
Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina.
Kunta Kinte Malaysia
Pemuda Mahu Tahu Apa Perancangan Kerajaan Negeri Tangani Krisis Air Selangor
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mempersoalkan rancangan sebenar kerajaan Negeri Selangor untuk menangani krisis air di kawasan negeri Selangor sendiri selain Wilayah Persekutuan.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, apakah rancangan mereka, adakah mereka mempunyai pelan menangani krisis ini atau sebaliknya.
“Kita difahamkan sepatutnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang medianya mengenai isu ini hari ini tetapi telah dibatalkan selain akan mengadakan mesyuarat esok bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri atau Jawatankuasa mereka.
“Kalau ada pelan rancangan, tolong maklumkan atau kongsikan kerana masalah krisis air ini bukan isu politik, ia dah jadi isu kemanusiaan. Air ini merupakan keperluan asas kehidupan rakyat, tidak kiralah rakyat itu sokong Barisan Nasional ataupun sokong pihak Pakatan. Yang penting kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab kepada rakyat untuk menangani masalah rakyat khsusnya dalam isu krisis air ini, jangan berdolak dalik,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN.
Dalam masa yang sama tambah beliau, Kerajaan Pusat sudah menawarkan berbagai-bagai bantuan, termasuk menawarkan projek Langat 2 dalam menangani isu ini, tetapi bagaimana pula pelan kerajaan Selangor untuk sama-sama menyelesaikan masalah keperluan asas rakyat yang sudah berlarutan selama dua bulan ini.
“Kita dah dengar bermacam-macam seperti projek projek Hybrid off River Augmentation System (Horas), gabungan konsep Off River Storage (ORS) dan Horizontal Collector Well yang melibatkan sistem penakungan stormwater dari Sungai Selangor (lebihan air daripada penggunaan loji sedia ada dan air hujan) dan penakungan air bawah tanah. Jangan cakap sekadar nak `melepaskan batuk di tangga’ tetapi rakyat yang akhirnya terpaksa menanggung beban.
“Saya berharap kerajaan negeri harus bertanggungjawab sepenuhnya isu air ini, sebagai contoh bagaimana Datuk Seri Hishammuddin Hussein menguruskan krisis MH370, beliau sendiri dengan begitu berdisiplin, komitmen, berhadapan sendiri dengan pelbagai persoalan, pertanyaan, tohmahan untuk sama-sama mencari jalan terutamanya dalam merungkai misteri MH370.
“Tetapi dalam isu krisis air ini, saya tidak nampak bagaimana Tan Sri Khalid mengambil tanggungjawab sepenuhnya, bahkan bila kali terakhir beliau bercakap pasal program penyelesaian. Pencatuan air ini pun tak tahu bila nak selesai,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Justeru tegas beliau Pemuda UMNO mengajak rakyat Selangor, pengguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuan menggerakkan satu referendum terhadap kepimpinan kerajaan Selangor, kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, mendesak mereka menyelesaikan masalah air ini.
“Apa gunanya beri air percuma, sedangkan tidak ada ada air. Janji macam-macam pada manifesto pilihanraya, tetapi jika tiada air, apa maknanya,” tambahnya lagi.
Pemilihan PKR Bercelaru… Siapa Anwar Mahu Salahkan Kali Ini?
Rakyat Malaysia tentu tidak lupa tidak berapa lama dulu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin pembangkang yang paling ke hadapan mengkritik dan menghentam Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya telah gagal memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung dengan telus, adil dan saksama.
Juga masih segar dalam ingatan ramai dek kerana marahnya pada SPR maka Anwar jugalah yang ke hulur ke hilir membawa misi menyeru khalayak penyokong PKR, DAP dan PAS beramai-ramai menyertai Himpunan Blackout 505 yang katanya demi untuk menentang dan menyuarakan bantahan terhadap ketidakadilan yang didakwa berlaku dalam PRU-13.
Bukan setakat itu sahaja, Anwar juga beria-ia mengutuk SPR berikutan masalah dakwat kekal yang tidak kekal semasa hari pengundian PRU-13 di masa yang sama dengan lantang membuat dakwaan konon berpuluh ribu warga Bangladesh telah diimport sempena pengundian PRU-13 untuk memenangkan BN.
Pendek kata bagi Anwar, PRU-13 dulu sepatutnya dimenangi pakatan pembangkang PR namun disebabkan kesalahan-kesalahan yang konon dilakukan oleh SPR maka impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan menguasai urus tadbir negara ini berkecai selamanya.
Tapi itu semua kisah-kisah lama dulu yang sudah 11 bulan berlalu. Tumpuan umum sekarang adalah pada Pemilihan PKR 2014 yang serba pelik.
Mana tak peliknya bila mana meskipun kelibat SPR langsung tak terlibat dalam pemilihan PKR namun proses demokrasi parti itu kelihatannya agak kacau bilau, bercelaru serba tidak kena.
Mana tak peliknya bila mana meskipun kelibat SPR langsung tak terlibat dalam pemilihan PKR namun proses demokrasi parti itu kelihatannya agak kacau bilau, bercelaru serba tidak kena.
Inilah julung kali dalam sejarah berlaku pengiraan undi dalam bilik hotel konon kerana berlaku masalah ‘blackout’ sehingga menimbulkan syak wasangka calon lain. Hanya dalam PKR sahaja, lain-lain parti tak pernah sebegitu gila sanggup melakukan sedemikian rupa.
Juga hanya berlaku dalam PKR bila mana para penyokong calon yang kalah naik berang menterbalikkan kerusi meja, mengoyak dan menyelerakkan kertas undi seperti yang berlaku dalam Pemilihan Cabang PKR Kemaman sehingga terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei 2014. Dengar khabar Rafizi Ramli mengamuk betulkah?
Selain itu, insiden lain yang tak kurang hebatnya bila ada Cabang PKR yang melakukan proses pengundian di rumah aktivis parti. Malah ada ahli parti yang namanya ada dalam daftar pemilih tapi dilarang pula untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin. Unik dan pelik.
Paling menarik bila timbul kes penipuan pengiraan undi. Yang datang mengundi kurang 40 orang tapi jumlah undi yang diterima melebihi 300 undi seperti mana dakwaan pemimpin PKR Sabah, Ansari Abdullah. Ini kalau bukan pengundi hantu Bangladesh mungkin penyokong halimunan sultan Sulu yang bersimpati dengan Anwar agaknya.
Tapi disebalik kekecohan itu sampai sekarang batang hidung Anwar langsung tak kelihatan, sepatah haram kritikan atau teguran lagilah tak kedengaran. Senyap sunyi seribu bahasa. Siapa yang Anwar mahu persalahkan dalam hal ini?
Barangkali sekarang Anwar sedang bertafakur sambil menelaah senario sementara menanti datangnya ilham untuk menghumban kesalahan pada orang lain.
Mungkinkah SPR atau UMNO akan dijadikan kambing hitam oleh Anwar berikutan kekalutan ini? Kebarangkalian itu ada kalau tabie semulajadi Anwar dijadikan sandaran.
Apapun dalam tempoh terdekat ini sama-samalah seluruh rakyat Malaysia saksikan sendiri betapa berkecamuknya PKR dalam menguruskan pemilihan parti sendiri.
Bagi penulis perkara pelik dan unik sebegini tidak berlaku melainkan ada hikmah yang barangkali petunjuk dari Yang Maha Esa supaya kita membuka mata.
HackerXP
Hudud…. Mencari Pembohong Sebenar
Biarpun telah beberapa tahun berlalu dan berjaya memenangi beberapa negeri dalam dua pilihanraya umum berturut-turut, pakatan pembangkang itu masih gagal mencari kata putus dalam isu hudud.
Hari ini, PAS cuba menegaskan lagi yang kononnya DAP dan PKR tidak pernah menghalang hudud tetapi DAP pula menafikan yang parti itu atau PR, pernah menerima hudud.
Perbalahan dan tuding menuding jari ini memperlihatkan kelemahan kepimpinan Ketua Pembangkang, sekali gus masalah hierarki kepimpinan yang tidak jelas dalam Pakatan Rakyat. Semakin hangat isu hudud, semakin terserlahlah kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Difahamkan Ketua Pembangkang telah menegaskan berkali-kali bahawa hudud tiada dalam prinsip pentadbiran PR, yakni, PKR serta DAP tidak pernah menerima hudud.
Walaubagaimanapun, suara Ketua Pembangkang nampaknya tidak laku di kalangan parti PAS yang berdegil ingin melaksanakan hudud. Malah, dalam kenyataan akhbar hari ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Kelantan, Dato’ Hassan Mahmood juga yakin yang DAP akan menerima hudud setelah mendapat penjelasan mengenainya di dalam program Penerangan Hudud pada 30 April nanti.
Pelik, walaupun jenuh berpeluh pemimpin DAP bersongkok, bertudung dan masuk ke surau untuk mengambil hati umat Islam selama ini, tetapi tiada usaha langsung dari PAS untuk menjelaskan mengenai hudud kepada mereka.
Akhirnya, setelah bertahun-tahun ‘tidur bersama’, PAS hanya akan menjelaskan kepada DAP mengenai hudud pada hujung bulan ini, iaitu setelah ia diputuskan untuk dibentangkan ke parlimen.
Kita sedia maklum bahawa DAP tidak mungkin akan menerima hudud, begitu juga PKR. Kita juga sedia maklum bahawa PAS tidak mungkin mampu memberi penjelasan yang memuaskan mengenai hudud kerana tiada garis panduan mahupun rujukan perlaksanaan yang sempurna untuk dijadikan contoh.
Enakmen hudud 1993 yang dibentangkan PAS sebelum ini juga penuh dengan kelemahan dan kecacatan sehingga memaksa ia ditolak oleh kerajaan pusat. Ditambah dengan masalah polarisasi kaum di Malaysia, maka tentulah lebih sukar lagi untuk melaksanakannya kerana secara dasarnya, bukan Islam tidak boleh dikecualikan dari hudud atau ia akan menyebabkan ketidakadilan yang jelas dalam masyarakat.
Hakikatnya, hukuman hudud ditafsir dan dilaksanakan secara berbeza di semua negara yang melaksanakannya.
Untuk memastikan Hudud yang dibentangkan itu lengkap dan sempurna, PAS memerlukan ‘input’ dari semua pihak termasuk polis dan pakar forensik bagi mencari titik konsistensi dari segi saksi dan bukti. Kita tidak mahu berlakunya ketidakadilan sekiranya pembuktian kesalahan melalui proses perundangan hudud bercanggah dengan bukti saintifik.
Justeru, bagi memastikan semua pihak berpuas hati dengan hudud PAS, parti itu harus mengemukakan penyelesaian yang bernas jika berlaku percanggahan sebegini. Malangnya, kita tidak yakin langsung yang PAS mampu menawarkan penjelasan yang dapat diterima oleh semua kerana PAS melihat hudud dari satu sudut sempit para ilmuan agama sahaja.
PAS boleh terus berbohong kepada rakyat kononnya DAP akan, atau sudah berpuas hati serta menerima perlaksanaan hudud. PAS boleh berbohong kepada Anwar konon mereka menghormati Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun mereka langsung tidak menghiraukan arahan beliau. PAS juga boleh berbohong kepada diri sendiri kononnya UMNO sengaja ingin memecahbelahkan PR melalui hudud walaupun PAS yang membangkitkan isu ini.
Apa yang pasti, PAS telah membohongi salah satu pihak, sama ada rakyat, atau rakan sekutunya, ataupun diri sendiri.
Namun, PAS lupa bahawa ia tidak boleh berbohong kepada Allah SWT. Allah SWT melihat semua yang PAS lakukan dan katakan dalam mesyuarat bersama DAP dan PKR mahupun di pentas-pentas ceramah.
Allah SWT tahu siapa yang berbohong mengenai hudud kepada rakyat Malaysia, sama ada si kafir harbi DAP, atau para Ulama PAS sendiri.
isuhot.com
Kerajaan Selangor Perlu Bertanggungjawab Bagi Kekurangan Bekalan Air – KJ
Kerajaan Selangor perlu bertanggungjawab bagi masalah bekalan air yang berlaku di negeri itu dan Kuala Lumpur, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata kerajaan Selangor tidak patut menangkis perkara itu dengan meletakkan sebahagian kesalahan di bahu Kerajaan Persekutuan.
“Jika kerajaan Selangor meluluskan Langat 2 pada 2009, ia sudah pun siap sekarang dan pengguna akan mempunyai cukup air hari ini,” katanya dalam ruangan komen akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini.
Khairy, yang juga pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pemuda UMNO, berkata melalui perancangan sewajarnya, Selangor akan mempunyai cukup air untuk memenuhi peningkatan permintaan dan menghadapi kemarau.
Katanya pada 2010 Kerajaan Persekutuan mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa krisis air akan berlaku pada 2014 sekiranya sumber air tidak diurus dengan baik.
Bagaimanapun, Abdul Khalid menjawab dengan berkata terdapat air yang mencukupi untuk memenuhi permintaan Selangor dan Kuala Lumpur hingga 2019.
“Kerajaan Negeri Selangor enggan membenarkan pembinaan Langat 2 dan sejak 2009, menolak kenaikan tarif air. Akibat degil, kerajaan negeri Selangor menjadi batu penghalangnya,” kata beliau.
Khairy berkata demi kepentingan orang ramai, Kerajaan Persekutuan bersetuju memperuntukkan RM9.65 bilion bagi membeli syarikat air dan menyerahkan semua aset kepada Kerajaan Selangor untuk dikendalikannya melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Feb.
“Ini dilakukan semata-mata kerana Kerajaan Persekutuan amat prihatin berhubung nasib penduduk Selangor.
“Seperti yang terjadi, lebih 1.3 juta isi rumah atau 6.3 juta orang terjejas dan 820 projek baharu ditangguhkan,” katanya.
Selangor memulakan fasa pertama catuan air di Lembah Klang tahun ini berikutan penutupan Loji Rawatan Air Batu 11 Cheras dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi akibat kandungan ammonia yang tinggi di dalam air Sungai Langat dan langkah ini menjejaskan 71 kawasan dan 60,185 rumah sejak 27 Feb.
Fasa kedua catuan air dilaksanakan berikutan kekurangan pelepasan air mentah sebanyak 200 juta liter sehari di empangan Sungai Selangor dan langkah ini menjejaskan 260 kawasan serta 413,617 rumah.
Semalam, pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi berkata kerajaan negeri Selangor akan membuat keputusan pada Rabu (esok) sama ada akan meneruskan catuan air yang dilaksanakan sejak Mac itu.
Catuan air di Kuala Lumpur dan Selangor menjejaskan lebih 2.2 juta pengguna.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed juga menyuarakan harapannya agar krisis air Selangor akan diselesaikan dengan cepat supaya ia tidak menjejaskan operasi kilang tempatan dan asing di negeri itu.
Jangan Perkecil Pembaharuan Dilakukan Malaysia, Kata Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah melakukan banyak pembaharuan yang mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebebasan sivil dan kedaulatan undang-undang, dan usaha itu tidak sepatutnya dikesampingkan oleh pengkritik kerajaan.
Mengakui bahawa lebih banyak lagi perlu dilakukan dalam isu berkenaan, beliau berkata masyarakat juga perlu bersedia untuk berubah.
“Kerana apa yang penting adalah hasilnya. Dan sebagai perdana menteri Negara ini, saya komited untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keharmonian (di Malaysia). Itu perkara paling penting, dan rakyat perlu menghormatinya,” katanya.
Najib berkata demikian semasa menjawab soalan berhubung perkara itu dalam sidang akhbar bersama-sama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama selepas sesi perbincangan antara kedua-dua pemimpin di sini pada Ahad sempena lawatan tiga hari presiden AS itu ke Malaysia.
Beliau berkata bagi Malaysia, ia melibatkan sensitiviti yang ada hubung kait dengan kumpulan minoriti dan majoriti serta dalam mentadbir negara.
Memberikan contoh beberapa pembaharuan yang dilakukan sejak beliau memegang jawatan perdana menteri pada 2009, Najib berkata ia termasuk keputusan besar untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Negara-negara lain belum berbuat demikian, tetapi Malaysia telah mendahului dalam berbuat demikian…dalam tempoh ini, adalah adil untuk katakan bahawa ini merupakan pembaharuan terbesar dari segi kebebasan sivil dalam sejarah Malaysia.
“Dan saya fikir, anda tidak patut pandang rendah atau perkecilkan apa jua yang telah kami lakukan,” kata Najib.
Berhubung kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata beliau mahu menjelaskan akan hakikat bahawa ia bukan mengenai kerajaan lawan Anwar.
Beliau memberitahu sidang akhbar itu, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Malaysia dan CNN, bahawa ia melibatkan seorang bekas pekerja Anwar yang membangkitkan kes itu terhadapnya.
“Dan dari segi undang-undang, tidak kira anda orang kecil atau orang besar, kita mempunyai hak samarata untuk mendapatkan keadilan dan saya fikir anda juga berpegang dengan prinsip ini,” kata Najib.
“Percayalah bahawa Malaysia komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan kebebasan sivil,” tegasnya.
Sementara itu, Obama berkata isu seperti hak asasi manusia, kebebasan sivil dan kebebasan akhbar tidak pernah tersisih daripada agenda dalam pertemuannya dengan pemimpin-pemimpin lain dunia dan begitu juga dalam pertemuannya dengan Najib.
Presiden berkata pandangan kononnya Malaysia tidak berbuat secukupnya untuk menangani kebimbangan itu mungkin tidak sepenuhya mencerminkan pembaharuan yang telah dibuat oleh Najib.
Obama menegaskan bahawa beliau tidak akan bertemu dengan Anwar pada lawatan ini juga dengan sendirinya bukan membayangkan kurang prihatin terhadap isu seumpama itu, tetapi atas hakikat bahawa “banyak orang yang saya tidak temui dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang saya tidak temui”.
Obama berkata apa yang dikongsikannya dengan Najib bahawa teras kepercayaan yang dihormati masyarakat, antara lain, kedaulatan undang-undang, kebebasan bersuara, hak pembangkang untuk membantah “malah apabila ia membuatkan anda rasa bagai nak gila, malah apabila ia tidak munasabah” akan menjadi ukuran baik sama ada atau tidak masyarakat akan mencapai kejayaan pada abad ke-21.
Presiden berkata AS sama juga seperti Malaysia, masih perlu lakukan sesuatu berhubung isu berkenaan.
“Dan saya akan sentiasa komited untuk memastikan isu berkenaan dibangkitkan secara konstruktif.
“…dan saya akan terus memberi galakan kepada beliau (Najib) sebagai seorang sahabat dan rakan kongsi untuk memastikan ada kemajuan dalam soal itu,” katanya.
Pembangkang Berat Sebelah, Enggan Gazet Kawasan Perhimpunan – Zahid
Kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sebenarnya bersikap berat sebelah apabila enggan mengizinkan kawasan di negeri tadbiran mereka digazetkan sebagai kawasan perhimpunan untuk protes sesuatu isu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun mereka (kerajaan negeri pimpinan pembangkang) dilihat bersungguh-sungguh untuk mengadakan perhimpunan namun apabila dipelawa untuk memberikan kawasan bagi tujuan itu, mereka menolak.
“Kita hairan di negeri yang diperintah mereka apabila Kementerian Dalam Negeri meminta kawasan tertentu untuk digazetkan mereka sendiri menolak…ini bermakna mereka hanya boleh ‘berkokok’ tetapi di peringkat pelaksanaan dari segi menggazetkan kawasan di sekitar kawasan pentadbiran mereka, mereka tidak izinkan ertinya mereka ‘double standard’ (berat sebelah).
“Sebagai contoh Stadium Shah Alam sepatutnya digazetkan sebagai tempat untuk mereka berhimpun namun ia tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri (Selangor),” katanya selepas merasmikan bengkel jenayah pemerdagangan orang di sini, hari ini.
Beliau berkata Akta perhimpunan Aman 2012 merangkumi kebenaran menggazetkan kawasan tertentu sebagai lokasi perhimpunan dan kerajaan negeri pakatan pembangkang seharusnya memberikan alasan kukuh mengapa mereka enggan membenarkan kawasan di negeri pentadbiran mereka digazetkan.
“Saya tidak tahu mengapa mereka tidak mengizinkan…mereka sepatutnya dapat memberikan jawapan konkrit bagi penolakan itu. Mereka hanya mampu bercakap di Parlimen sedangkan apabila di peringkat pelaksanaan, lain yang mereka lakukan,” katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pihak tertentu yang menyatakan adanya perbincangan yang menyentuh hak kebebasan berhimpun dalam pertemuan dua hala antara Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.
Sementara itu, mengulas kenyataan Obama bahawa Malaysia perlu mengamalkan kesamarataan kepada semua rakyat dan golongan minoriti bagi meningkatkan kemakmuran dan pembangunan negara, Ahmad Zahid berkata kerajaan telah lama memberikan peluang tersebut kepada golongan berkenaan.
“Kami (kerajaan) memberikan peluang samarata kepada bukan Islam dan saya fikir kerajaan Malaysia (agama rasminya Islam) bersikap adil terhadap (penganut) semua agama dan saya tidak fikir wujud sebarang halangan untuk mengamalkan apa juga kepercayaan dan agama.
“Saya fikir sikap prejudis atau pendapat berat sebelah terhadap agama lain mesti dielakkan…kita perlu menghormati agama lain bagi memastikan orang lain menghormati agama kita,” katanya.
Pemilihan PKR… Ludah Ke Langit Akhirnya Kena Muka Sendiri
Pemilihan pucuk pimpinan PKR yang menimbulkan pelbagai kecelaruan termasuk dakwaan berlakunya penipuan bukanlah satu cerita baru kerana perkara yang sama telah berlaku sebelum ini malah masih belum selesai.
Justeru tidak peliklah dengan apa yang berlaku itu memandangkan kes-kes serta dakwaan sebelum ini pun dikhabarkan tidak selesai dan semestinya perkara itu menjadi kayu ukur kepada parti yang kononnya melaung-laungkan demokrasi.
Ketika perkara ini diajukan kepada bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, beliau secara sinis berkata apa yang berlaku itu sudah dijangka akan berlaku.
“Malah apa yang berlaku itu sebenarnya menujukkan kepada masyarakat umum bagaimana hipokritnya mereka apabila sebelum ini terutama selepas pilihan raya umum yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditohmah dengan macam-macam.
“Tidak cekap dan diragui serta pelbagai dakwaan dilontarkan kepada agensi yang menguruskan pilihan raya di negara kita. Alih-alih pemilihan parti sendiri pula yang kelam kabut dan terpalit dengan pelbagai dakwaan khususnya soal penipuan.
“Mereka umpama meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri,” katanya di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menambah pelbagai cerita akan timbul selepas ini bagi menutup segala kecelaruan yang berlaku itu.
“Namun bak kata pepatah jugalah…bangkai gajah kalau ditutup dengan apa sekalipun akan tetap berbau. Inilah harga yang mereka perlu bayar di mana dalam keghairahan membuat pelbagai tohamahan terhadap sistem pilihan raya kita, alih-alih pemilihan sendiri pula penuh kontroversi,” ujarnya.
Sebelum ini dilaporkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan menyiasat langsung dakwaan penipuan undi yang didakwa melibatkan calon timbalan presiden PKR.
Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata beliau akan terus ke Batang Sadong, dekat Sri Aman, Sarawak bagi menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan serta-merta jika ia didapati berasas.
Ahli PKR Badrul Hisham Shaharin mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan undi di Batang Sadong.
Tuesday, 29 April 2014
Dasar Penerbangan Nasional Bakal Digubal – Muhyiddin
Kerajaan akan menggubal Dasar Penerbangan Nasional bagi meningkatkan lagi kemajuan industri penerbangan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata dasar itu bakal menggariskan langkah-langkah bagi mengukuh ekosistem dan rantaian perkhidmatan industri tersebut, antaranya penambahbaikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada.
“Selain menggariskan usaha menaik taraf beberapa lapangan terbang (di Negara ini),” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Pesawat Boeing 737-400 milik Malaysia Airlines (MAS) kepada Kementerian Pendidikan di Politeknik Banting di sini hari ini.
Pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof menyerahkan pesawat MAS yang telah digunakan kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran Datuk Seri Zaini Ujang.
Sumbangan pesawat itu selaras dengan kerjasama syarikat penerbangan tersebut dengan Kementerian Pelajaran menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang turut dimeterai hari ini, menjadikan Politeknik Banting makmal latihan penyenggaraan pesawat itu.
Muhyiddin berkata industri penerbangan mengalami pertumbuhan pesat di Asia Pasifik, mencecah 50 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini dan dijangka terus meningkat sehingga melebihi 200 peratus dalam masa 20 tahun lagi.
Beliau berkata trend ini seharusnya dilihat dari segi persediaan prasarana seperti lapangan terbang serta sumber tenaga pakar yang mampu menyokong pertumbuhan industri tersebut.
“Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Official Airline Guide (OAG) Aviation, kapasiti jadual penerbangan global antara Januari dan April meningkat empat peratus pada 2012 berbanding tempoh sama pada 2011.
“Dengan peningkatan industri penerbangan yang pesat ini, Malaysia berpotensi menjadi hab penerbangan di rantau ini. Industri ini dapat member kesan berganda kepada ekonomi memandangkan permintaan terhadap penumpang dan kargo udara semakin meningkat,” katanya.
Muhyiddin berkata bagi tempoh Januari hingga Julai 2013, jumlah penumpang di lapangan terbang seluruh negara bertambah kepada 43.9 juta berbanding 38.6 juta penumpang bagi tempoh sama pada 2012.
Beliau berkata jumlah kargo udara yang dikendalikan turut meningkat kepada 529 ribu tan bagi tempoh sama.
“Dengan beroperasinya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) nanti, jumlah penumpang dijangka meningkat kepada lebih 70 juta,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata dalam membangunkan modal insan tempatan, kerajaan mengambil langkah untuk meningkatkan standard pendidikan agar graduan Malaysia setaraf serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata tenaga kerja tempatan yang mahir akan menyakinkan pihak industri bahawa adanya pekerja dari kalangan bakat yang terbaik dengan keupayaan kreatif dan mempunyai pengalaman industri serta pengurusan yang tepat.
“Dijangka menjelang 2015, negara kita akan memerlukan lebih 10,000 orang tenaga mahir dalam bidang penyenggaraan pesawat.
“Kementerian akan terus menyokong pemantapan hala tuju bidang sains penerbangan di Politeknik Banting memandangkan ianya merupakan satu-satunya politeknik yang menawarkan program berkaitan di Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Politeknik Banting berusaha untuk mendapat pengiktirafan sebagai sebuah ‘Approved Training Organisation (ATO) oleh industri penerbangan bagi memastikan politeknik ini dapat mengekalkan kualiti lulusannya agar seiring dengan perkembangan di industri.
Teliti Permainan Politik Pas, DAP & PKR Dalam Isu Hudud – Nakhaei
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad menyifatkan hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan hanyalah sekadar retorik politik dalam usaha parti tersebut untuk memulihkan semula sokongan umat Islam, khususnya bangsa Melayu yang dilihat semakin menurun mendadak semenjak parti tersebut menyertai pakatan pembangkang.
Menurut beliau, biarpun ada suara pemimpin DAP yang secara terbuka meminta Pas agar keluar dari Pakatan Pembangkang sekiranya mahu melaksanakan hudud, namun menurut beliau ini adalah semata-mata permainan politik mereka untuk mengaburi mata rakyat.
“Kenyataan yang menyuruh Pas keluar dari pakatan pun hanyalah datang dari pemimpin kecil DAP saja, tidak datang dari kepimpinan tertinggi DAP. Saya yakin, DAP dan PKR tidak akan setuju sekiranya Pas keluar dari pakatan pembangkang, kerana setakat ini ketiga-tiga parti tersebut saling memerlukan demi untuk menjayakan cita-cita politik mereka untuk menjatuhkan UMNO.
“Dan Pas sendiri sebenarnya pun tahu, mereka tidak berdaya dan berkemampuan untuk melaksanakan hudud. Apa yang mereka lakukan hari ini adalah semata-mata untuk menggunakan isu hudud ini sebagai satu senjata politik bagi menarik dan memulihkan kembali sokongan orang Melayu dan umat Islam kepada Pas.
“Jika Pas benar-benar mahu melaksanakan hudud, mereka perlu serius dalam membincangkan hal ini bersama pakar-pakar perundangan, intelektual dan juga ulama bagi menjayakan hasrat mereka. Tetapi ini tidak berlaku dan apa yang berlaku hanyalah Pas mengumpul tukang-tukang sorak saja di dalam setiap ceramah mereka di sana sini berkenaan hukum hudud ini,” jelasnya di sini hari ini.
Katanya lagi, umat Islam perlu berhati-hati dan jangan terpedaya dengan retorik Pas yang seperti biasa akan menggunakan isu hudud ini sebagai magnet untuk menarik semula sokongan orang Melayu dan umat Islam, apabila mereka menyedari sokongan orang Melayu dan umat Islam mulai merosot dengan ketara semenjak Pas menjalinkan kerjasama bersama PKR dan DAP.
Tambah beliau, seperti yang semua sedia maklum, ketiga-ketiga parti yang bergabung di dalam pakatan pembangkang ini mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu menjatuhkan UMNO biarpun berbeza ideologi dan pendekatan politik.
“Pas ingin jatuhkan UMNO kerana UMNO merupakan musuh tradisi mereka. PKR pula ingin jatuhkan UMNO kerana dendam peribadi manakala DAP pula, mahu menjatuhkan UMNO kerana menganggap UMNO lebih mementingkan dan memperjuangkan nasib bangsa Melayu saja di negara ini.
“Jadi, biarpun ketiga-tiga parti ini dilihat seringkali bercanggah dalam beberapa hal, namun ianya tidak akan menjejaskan persefahaman bersama antara mereka dalam memastikan matlamat utama mereka untuk menjatuhkan UMNO berjaya.
“Sebab itulah saya katakan, bahawa kenyataan Pas untuk melaksanakan hudud ini hanyalah sekadar satu retorik politik bagi memulihkan sokongan bangsa Melayu kepada parti tersebut, sedangkan hakikatnya Pas sendiri sebenarnya tidak berhasrat pun untuk melaksanakan hukum tersebut di negara ini,” akhiri beliau.
Monday, 28 April 2014
Matlamat Utama Pelaksanaan Hudud Adalah Beri Keadilan – Dr. Asyraf
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dato Dusuki menegaskan bahawa sememangnya UMNO tidak pernah menolak perlaksanaan hukum hudud di negara ini, seperti mana penjelasan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Menurut beliau, kesemua ahli dan kepimpinan UMNO memang bersepakat bahawa hudud merupakan hukum Allah, di mana perlaksanaannya itu dituntut bagi sesebuah negara Islam yang mampu untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut.
“Tetapi dalam soal ini, kita perlu ingat, dalam konteks perlaksanaan hukum, ia tidak sama seperti mana perintah lain sebagai contoh perlaksanaan perintah solat. Perintah solat perlu dilaksanakan sekiranya seseorang itu cukup syarat-syaratnya untuk menunaikan solat. Tidak ada pengecualian biarpun seseorang itu sedang sakit mahu pun bermusafir.
“Bahkan jika kita lihat, perintah berkenaan solat dan juga perintah menunaikan haji juga berbeza, sedangkan kedua-duanya adalah perintah wajib. Haji hukumnya wajib bagi umat Islam, tetapi untuk menunaikan haji, seseorang itu mestilah mempunyai kemampuan untuk menunaikannya.
“Dalam menunaikan haji, ia bergantung kepada kemampuan seseorang itu untuk melaksanakannya, baik dari segi kewangan dan sebagainya. Contohnya, sepertimana hari ini, kita mempunyai kuota haji. Dengan sebab adanya kuota haji ini, maka dengan sendirinya seseorang itu tidak mampu untuk menunaikan haji biarpun dia cukup syaratnya dari segi kewangan. Ini dengan sendirinya hukum menunaikan haji itu terlepas dari dirinya, ” jelasnya di sini hari ini.
Dalam soal perlaksanaan hudud di negara ini katanya lagi, apa yang perlu dilihat bukanlah dari sudut mekanisme hukum atau cara menghukum itu, tetapi ia adalah lebih kepada matlamat yang hendak dicapai melalui perlaksanaan hukum tersebut.
“Akhirnya, dalam apa jua bentuk hukuman, apa yang penting adalah keadilan itu yang perlu ditegakkan. Jadi, dalam hal ini kita perlu betul-betul menilai dan mengkaji, apakah bila kita mahu melaksanakan hukum hudud, kita sudah menyiapkan segala infrastruktur dan prasarana bagi memastikan objektif untuk berlaku adil itu terlaksana. Itulah yang kita harus bincangkan secara tuntas.
“Bagaimanapun dengan perkembangan yang berlaku hari ini, bagi saya ia merupakan satu permulaan yang baik antara UMNO dan Pas, di mana kedua-dua buah parti ini bersedia untuk berbincang dalam perlaksanaan hukum hudud di negara ini,” ujarnya.
Cuma kata beliau, apa yang diharapkan agar isu perlaksanaan hukum hudud ini tidak dijadikan isu politik yang dipolemikkan, dan sekiranya Pas sudah mempunyai perancangan untuk melaksanakan hukum tersebut, maka ia perlu diperbentangkan untuk diperbincangkan.
“Itu yang saya kira, merupakan perkara mustahak untuk dilakukan hari ini. Seperti contohnya negara Brunei yang mengambil masa lebih 30 tahun untuk membuat kajian dan penelitian dan setelah itu barulah ia diisytiharkan serta dikuatkuasakan. Itupun Brunei tidak melaksanakan secara keseluruhannya dan ia dimulakan secara berperingkat-peringkat.
“Sebenarnya penguatkuasaan hukum yang dilaksanakan oleh Brunei adalah hukum jenayah syariah, di mana di dalamnya terdapat hudud, qisas dan takzir. Tetapi hari ini kita seolah-olah memfokuskan kepada hudud saja, dan bukannya jenayah syariah secara keseluruhannya,” tegasnya.
Justeru itu kata beliau, perlaksanaan undang-undang Islam ini perlu dilakukan dengan secara berhati-hati serta teliti dan tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa bagi mengelakkan sebarang kecuaian manusia dalam perlaksanaanya yang boleh mengundang ketidakadilan ketika menjatuhkan hukum.
Subscribe to:
Posts (Atom)