Nuffnang Ads

Tuesday 22 April 2014

Hudud: Apa Sebenarnya Pendirian PKR Dan DAP?

DAP dan PKR perlu menyatakan pendirian jelas berhubung pelaksanaan hukum hudud memandangkan Pas sudah bertekad untuk meneruskan undang-undang itu di Kelantan bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat umum.
Menurut Setiausaha Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (Ilmu), Ustaz Reeza Kamaruddin rakan pakatan Pas itu perlu menzahirkan pendirian terhadap isu tersebut kerana setakat ini perkara berkenaan seolah-olah tergantung.
buku-jingga-anwar-mana-ada-hudud-pas-islam-dap-tolak-anti
Katanya tatkala pelbagai pihak telah melihat isu berkenaan secara serius, sewajarnyalah sekutu utama Pas di dalam pakatan pembangkang perlu tampil ke depan dan menyatakan secara terang-terangan pendirian mereka itu.
“Setakat ini pendirian PKR dan DAP agak samar-samar kerana ia dibuat secara individu.  Jadi umum ingin tahu pendirian rasmi parti berkenaan.
“Apa yang kita tahu sehingga kini  belum ada sebarang  pendirian rasmi.  Malah ketua pembangkang sendiri memberikan kenyataan yang berdolak dalih,“ katanya di sini.
Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan perancangan Kerajaan Pas Kelantan yang akan tetap membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
Baru-baru ini DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.
Ustaz Reeza seterusnya menambah pendirian rasmi itu penting dan amat wajar dikemukakan supaya polemik dan perbahasan mengenainya tidak terus berpanjangan.
Tegas beliau lagi sekiranya pendirian rasmi itu kelak bertentangan dengan hasrat Pas, amat wajar dan sudah tiba masanya parti berkenaan memperhalusi semula hubungannya di dalam pakatan pembangkang.
“Tatkala kerajaan pusat sepertimana yang kita tahu sebelum ini bahawa tidak ada halangan untuk kerajaan Pas Kelantan melaksanakannya, mereka perlu mengambil peluang berkenaan.
“Yang penting sekarang rakyat mahu tahu kedudukan parti-parti dalam pakatan pembangkang… apakah mereka bersama Pas atau sebaliknya dan jika mereka berpendirian menentang hasrat Pas apakah langkah Pas seterusnya”, ujar beliau. 
hadi-presiden-pas-dap-berhak-tolak-hudud-fitnah-umno

No comments:

Post a Comment