Nuffnang Ads

Tuesday, 1 April 2014

Isu Saman RM2 Juta… Pas Kena Main Lagi!!!

Kalau sesama sendiri pun ditipu hidup-hidup, apatah lagi rakyat biasa. Apa lagi kesimpulan dan pandangan yang boleh dibuat berhubung kes saman bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bukankah sebelum ini  menjelang pilihan raya kecil DUN Kajang PKR memberi jaminan perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik tetapi perkembangan terbaru hari ini rupa-rupanya menunjukkan sebaliknya, kata Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 April ini bagi memutuskan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar, Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pkr-Mohd-Shamsul-Mat-Amin-Saman-Presiden-Pas-Hadi-Awang-Fitnah-Pil-Kuda-Dadah-Penagih-Pengedar-Sedih
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar, Mohamad Nasrudin Mohamed memberi tempoh kepada plaintif, Mohd. Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavit yang dikemukakan oleh pihak defendan.
Bagaimanapun defendan Abdul Hadi tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Asmuni Awi.
Johari seterusnya menambah jelas dan terang lagi bersuluh bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipermain-mainkan berhubung perkara berkenaan kerana berdasarkan apa yang diperkatakan sebelum PRK Kajang, ianya seolah-olah hampir selesai dan tidak diteruskan di peringkat seterusnya.
“Nampak jelas dalam situasi itu Pas dipermainkan sekutunya. Sewajarnyalah Pas melihat perkara ini dan mereka perlu ada maruah yang tersendiri dan bukannya dengan mudah diperkotak-katikkan.
“Sudahlah dalam rakan pakatan pun sekadar pelengkap gabungan pembangkang, perkembangan terkini isu saman itu juga menunjukkan sebaliknya yang berlaku. Cukup-cukuplah dipermainkan.Takkanlah pimpinan Pas tidak ada perasaan sekelumit pun rasa kecewa dan sebagainya,” katanya.
Beliau seterusnya menambah Pas perlu ada maruah dan bukannya sekadar melihat isu tersebut dengan sebelah mata kerana ianya melibatkan soal maruah parti.
“Takkanlah melibatkan maruah Presiden parti pun boleh berpeluk tubuh…dan takkanlah melibatkan maruah institusi parti itu sendiri pun mereka boleh goyang kaki…Renung-renungkanlah,” katanya.
Bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dilapor tidak akan menarik balik saman sebanyak RM2juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Mohd Shamsul beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya berikutan kegagalan pihak Abdul Hadi bersemuka dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian secara baik berhubung persoalan yang begitu serius menyentuh kehidupannya dan keluarga.
Beliau yang kecewa dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin Pas itu, menyifatkan pihak defendan tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut tersebut walaupun telah membuka peluang kepada mereka sebelum ini. 
parti-pas-juara-fitnah-mat-sabu-hadi-awang-mustafa-ali-disaman-mahkamah

No comments:

Post a Comment