Nuffnang Ads

Thursday 10 April 2014

Isu Hudud: Cabaran Sebenar Pas Adalah Dari Pakatan Pembangkang

Penganalisa politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat menyifatkan keterbukaan kepimpinan UMNO Kelantan yang menyatakan sokongan sekiranya Pas Kelantan benar-benar ingin melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut merupakan satu cabaran bagi parti tersebut bagi membuktikan kesungguhan dan keikhlasan mereka untuk melaksanakan hukum jenayah Islam tersebut.
Menurut beliau, kenyataan kepimpinan UMNO Kelantan yang akan menyokong usaha kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh Pas untuk melaksanakan hudud,  jelas memperlihatkan bahawa tidak ada lagi sebarang alasan dan halangan untuk parti tersebut melaksanakan hudud di negeri itu.
karpal-singh-king-dap-tolak-hudud-islam-parti-pas-isle-akur-turut-takut
“Ini merupakan satu cabaran besar buat Pas sekiranya parti tersebut benar-benar ikhlas dalam melaksanakan hukum hudud. Berdasarkan kenyataan kepimpinan UMNO yang akan menyokong perlaksanaan tersebut, maka kini seolah-olah tiada halangan lagi buat parti tersebut melaksanakan hudud.
“Inilah masanya untuk Pas merealisasikan hukum hudud, yang selama ini menjadi matlamat perjuangan mereka. Sekiranya Pas masih lagi berdolak dalih dalam usaha merealisasikan hudud dalam keadaan peluang yang sudah terbuka luas seperti ini, terbuktilah Pas hanya sekadar retorik dalam isu perlaksanaan hukum hudud ini,” jelasnya di sini hari ini.
Bagaimanapun menurut beliau, cabaran lebih besar yang perlu dihadapi oleh Pas sebenarnya ialah tentangan daripada sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang, khususnya DAP.
“Sudah pasti, DAP dan Karpal akan tetap  konsisten dengan pendiriannya menolak sebarang agenda perlaksanaan hukum Islam di negara ini. Bangkangan dari DAP ini merupakan satu ujian besar bagi Pas.
“Sekiranya Pas benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, maka mereka akan laksanakan juga hukum hudud di Kelantan tanpa mempedulikan bangkangan dari mana-mana pihak sekalipun, terutamanya DAP atau pun dari PKR.
“Tetapi sekiranya Pas meninggalkan perjuangan mereka menegakkan hukum hudud, demi untuk meraikan semangat kebersamaan di dalam pakatan , maka jelas parti tersebut telah tersalah jalan, dan para ahli serta penyokong parti itu perlu menilai semula sokongan mereka terhadap Pas,”tegasnya.
malaysiakini-mkini-anwar-pakatan-pas-dap-tolak-hudud-islam-quran-hukum
Sementara itu menurut beliau, Anwar pula seperti biasa akan menjadi orang tengah demi untuk survival politik pembangkang.
“Anwar seperti sebelum ini, akan menjadi orang tengah. Anwar sedar beliau memerlukan Pas dan juga DAP bagi mengekalkan kekuatan pengaruh pakatan pembangkang. Dalam keadaan hari ini, Anwar tidak mampu untuk kehilangan mana-mana parti di dalam pakatan.
“Seperti mana peranan Anwar yang berjaya meneutralkan Pas daripada berideologikan negara Islam kepada negara berkebajikan sebelum ini, begitulah juga dalam soal hudud ini. Sebab itu, kita tidak nampak Anwar membuat kenyataan dalam hal ini, kerana beliau ingin melihat apa reaksi DAP dan juga Pas dalam soal ini.
“Sekiranya isu hudud ini menjadikan hubungan antara Pas dan DAP tegang, maka Anwar akan segera bertindak sebagai orang tengah bagi kedua-dua parti tersebut.  Ini disebabkan hudud bukanlah perjuangan PKR. Parti tersebut ditubuhkan hanyalah untuk menegakkan keadilan buat Anwar. Jadi, samada hudud dilaksana atau tidak, ianya tidak memberikan kesan kepada PKR,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment