Nuffnang Ads

Tuesday, 22 April 2014

Sesuaikan Perjuangan UMNO Dengan Perubahan Semasa Untuk Kekal Relevan

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melihat UMNO perlu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa untuk kekal relevan di mata rakyat.
Ketuanya, Syaiful Rizal Abd Ghani berkata, UMNO perlu bijak meneliti perubahan demografi serta melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya.
Jelas beliau ia bertujuan mengelakkan parti itu daripada ditolak masyarakat bandar dan dilihat hanya sebagai sebuah parti untuk orang luar bandar sahaja.
Syaiful-Rizal-Abd-Ghani-Ketua-Pemuda-UMNO-BN-JB-Johor-Bahru
“Baru bukanlah bererti imej baru, tetapi terus membawa faedah, erti, nilai dan makna kepada kehidupan rakyat, martabat agama, maruah bangsa dan pengisian kemerdekaan negara.
“Perjuangan UMNO yang telah berusia lebih 67 tahun ini, namun ketulenan perjuangan pemimpin dan ahli-ahli selama ini telah berjaya mengangkat kedudukan orang Melayu ke tahap yang ada hari ini dan melalui cabaran dan yragedi perpecahan di dalam UMNO walau ada yang tergamak mengkhianati UMNO demi kepentingan peribadi yang sempit,” ujarnya yang juga Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.
Dalam masa yang sama tambah beliau lagi UMNO perlu usaha mendekati golongan orang muda agar mereka terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Jangan biarkan mereka hanya menyuarakan pendapat melalui badan bukan kerajaan (NGO). Adalah lebih baik jika mereka digalak mengemukakan pandangan dari dalam UMNO, khususnya dalam mesyuarat-mesyuarat cawangan yang berlangsung sekarang ini di peringkat cawangan.
“Langkah mendekatkan diri kepada orang muda ini penting kerana kemenangan BN pada PRU13 banyak disumbang pengundi muda. Golongan muda juga banyak membantu jentera parti sepanjang kempen pilihan raya lepas, sesuatu yang tidak berlaku sebelum ini”, katanya.
Sambil memberikan contoh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada usia 28 tahun beliau seterusnya berkata pimpinan parti juga memberi ruang dan peluang kepada pemimpin muda untuk menimba pengalaman sebelum mereka dilantik pemimpin utama negara.
“Begitu juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik mengetuai kerajaan negeri Johor ketika berusia 30 tahun,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment