Nuffnang Ads

Wednesday 30 April 2014

Pemuda Mahu Tahu Apa Perancangan Kerajaan Negeri Tangani Krisis Air Selangor

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mempersoalkan rancangan sebenar kerajaan Negeri Selangor untuk menangani krisis air di kawasan negeri Selangor sendiri selain Wilayah Persekutuan.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, apakah rancangan mereka, adakah mereka mempunyai pelan menangani krisis ini atau sebaliknya.
“Kita difahamkan sepatutnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang medianya mengenai isu ini hari ini tetapi telah dibatalkan selain akan mengadakan mesyuarat esok bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri atau Jawatankuasa mereka.
“Kalau ada pelan rancangan, tolong maklumkan atau kongsikan kerana masalah krisis air ini bukan isu politik, ia dah jadi isu kemanusiaan. Air ini merupakan keperluan asas kehidupan rakyat, tidak kiralah rakyat itu sokong Barisan Nasional ataupun sokong pihak Pakatan. Yang penting kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab kepada rakyat untuk menangani masalah rakyat khsusnya dalam isu krisis air ini, jangan berdolak dalik,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN.
fathul-bari-khairul-azwan-naib-ketua-pemuda-onn-hafiz-lawatan-jordan-isu-air-selangor
Dalam masa yang sama tambah beliau, Kerajaan Pusat sudah menawarkan berbagai-bagai bantuan, termasuk menawarkan projek Langat 2 dalam menangani isu ini, tetapi bagaimana pula pelan kerajaan Selangor untuk sama-sama menyelesaikan masalah keperluan asas rakyat yang sudah berlarutan selama dua bulan ini.
“Kita dah dengar bermacam-macam seperti projek projek Hybrid off River Augmentation System (Horas), gabungan konsep Off River Storage (ORS) dan Horizontal Collector Well yang melibatkan sistem penakungan stormwater dari Sungai Selangor (lebihan air daripada penggunaan loji sedia ada dan air hujan) dan penakungan air bawah tanah. Jangan cakap sekadar nak `melepaskan batuk di tangga’ tetapi rakyat yang akhirnya terpaksa menanggung beban.
“Saya berharap kerajaan negeri harus bertanggungjawab sepenuhnya isu air ini, sebagai contoh bagaimana Datuk Seri Hishammuddin Hussein menguruskan krisis MH370, beliau sendiri dengan begitu berdisiplin, komitmen, berhadapan sendiri dengan pelbagai persoalan, pertanyaan, tohmahan untuk sama-sama mencari jalan terutamanya dalam merungkai misteri MH370.
“Tetapi dalam isu krisis air ini, saya tidak nampak bagaimana Tan Sri Khalid mengambil tanggungjawab sepenuhnya, bahkan bila kali terakhir beliau bercakap pasal program penyelesaian. Pencatuan air ini pun tak tahu bila nak selesai,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Justeru tegas beliau Pemuda UMNO mengajak rakyat Selangor, pengguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuan menggerakkan satu referendum terhadap kepimpinan kerajaan Selangor, kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, mendesak mereka menyelesaikan masalah air ini.
“Apa gunanya beri air percuma, sedangkan tidak ada ada air. Janji macam-macam pada manifesto pilihanraya, tetapi jika tiada air, apa maknanya,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment