Nuffnang Ads

Friday, 16 May 2014

Budaya Politik DAP… “Dia Makan Nangka Orang Lain Kena Getah”

Sememangnya telah menjadi budaya politik dalam DAP yang lebih cenderung bermain sandiwara iaitu mengetengahkan isu-isu sensitif untuk dijadikan bahan polemik dan kemudian bersikap diam diri apabila isu tersebut manjadi marak, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Katanya, banyak insiden yang berlaku dimulakan oleh para pemimpin dalam DAP tetapi kemudiannya pihak lain yang dipersalahkan ibarat pepatah ‘orang lain makan nangka orang lain kena getahnya’.
Musa-Sheikh-Fadzir-Bukit-Mertajam-Penang-Pulau-Pinang-UMNO-BN
“Itulah politik DAP, sejak dari awal kewujudan mereka hinggalah ke hari ini masih tidak berubah iaitu gemar menangguk di air keruh, dan hanya akan bercakap tentang sesuatu perkara yang akan dapat memberi keuntungan kepada mereka tanpa memikirkan kesan keseluruhan kepada masyarakat,” katanya.
Dalam hal ini beliau mengaitkan kepada isu perancangan pelaksanaan hudud yang dikemukakan oleh kerajaan Pas di Kelantan yang kemudiannya menjadi panas lantaran pemimpin DAP yang enggan menerima keputusan terbabit apatah lagi diketengahkan oleh sekutunya sendiri.
“Apabila isu ini menjadi besar dan berpanjangan, kemudiannya mereka menyalahkan kerajaan dan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang seolah-olah menolak hukum hudud sedangkan realitinya perkara tersebut sengaja dimanipulasi untuk menjadi batu api dalam BN sendiri dan kerajaan dilihat lemah.”
Katanya, begitu juga dalam soal berkaitan kenaikan harga barang yang menjadi topik utama penghujung tahun lalu apabila kerajaan dituduh zalim dan kejam namun dalam diam-diam kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP menaikkan sur caj air.
“Dalam manifesto mereka ketika berdepan pilihan raya macam-macam janji dibuat namun malangnya, belum pun sampai setahun berlalu janji-janji mereka tak ditunaikan malah sebaliknya mereka membebani rakyat dengan kenaikan 100 peratus surcaj pemuliharaan air.
“Apabila hal tersebut dipersoalkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng maka dengan mudah beliau bercakap bahawa cara tersebut adalah untuk mendidik rakyat berjimat sedangkan realitinya mereka gagal melaksanakan apa yang mereka kata.”
Tegasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, pemimpin DAP lebih gemar menggunakan politik manipulasi dan persepsi dengan mengaitkan kepada dasar dan isu semasa untuk kepentingan mereka sendiri.
“Memang mereka bijak bermain propaganda politik, menyentuh isu-isu semasa dan hal-hal sensitif dengan agenda mengelirukan pemikiran rakyat walhal realitinya jika diukur dari segi gerak kerja dan kebertanggungjawaban maka mereka gagal.”
Dalam hal ini beliau mengajak rakyat menilai proses pembangunan di Pulau Pinang yang lebih bertumpu kepada hasil usaha BN termasuklah pada masa DAP yang berkerajaan kerana terbukti mereka tidak berperanan untuk membantu rakyat.
“Lebih dari itu mereka nampaknya suka bermain tarik tali dengan mempolitikkan tindakan orang lain biarpun ia berpunca dari kesalahan sendiri sebagaimana pemilihan Jawatan Kuasa Pusat DAP yang akhirnya mereka pula memberikan kata dua kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Dilaporkan, ROS lakukan siasatan kepada DAP ekoran kedegilan mereka yang enggan mengikut arahan ROS untuk menghantar maklumat lengkap berhubung pemilihan semula parti yang antaranya adalah senarai cawangan yang mengambil bahagian dan senarai perwakilan.
“Mereka tuduh negara ini tidak demokrasi dan pentadbiran BN bersifat kronisme namun mereka buat-buat lupa dengan apa yang berlaku dalam parti mereka sendiri,” katanya.
Dalam hal ini beliau mengaitkan dengan tekanan yang dikenakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Dap Goh Leong San sehinggakan terpaksa meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang negeri ekoran tindakannya yang secara jujur memuji pentadbiran pemimpin Barisan Nasional (BN) iaitu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron semasa sidang DUN lalu.
Beliau turut menyebut berkaitan tindakan yang dikenakan terhadap bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ekoran melahirkan pandangan bertentangan dengan kepimpinan pusat dalam DAP apabila menolak perhimpunan Bersih 3 diadakan dan mempunyai nada selari dengan kerajaan BN. 

No comments:

Post a Comment