Nuffnang Ads

Friday, 16 May 2014

Kemelut Politik Terengganu Serlah Sisi Buruk Pas Kaut Kesempatan

Kemelut politik di Terengganu telah berakhir dengan Kerajaan Negeri kekal di bawah tadbiran Barisan Nasional (BN) dan Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menerajui pentadbirannya namun berdasarkan insiden yang berlaku dapat dilihat ada pihak yang gemar dengan kekeliruan yang timbul dalam BN.
Penganalisis politik tempatan, Prof. Madya Dr. Hanafiah Harun menganggap pakatan pembangkang khususnya Pas di Terengganu seakan tidak sabar mengeksploitasi kemelut politik BN untuk diaplikasi sebagai realiti politik mereka sendiri.
“Apabila saat genting dalam BN, Pas seakan tidak sabar-sabar untuk mengaut untung kerana sememangnya mereka gemar menangguk di air yang keruh sebagaimana kononnya mereka berjaya sedangkan realitinya mereka mahu membina kejayaan atas keperitan dan penderitaan orang lain,” katanya.
pesuruhjaya-pas-terengganu-satiful-bahri-mamat-sidang-media-krisis-hadi-awang-mat-sabu-hudud-perpaduan-umno-bn-mb-ahmad-said
Dua hari lalu, pertukaran kepimpinan Menteri Besar di Terengganu telah menimbulkan kegelisahan dikalangan rakyat khususnya anggota BN apabila bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil bertindak keluar dari UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas.
Dilaporkan, dalam keadaan tersebut, Ahmad Said mengakui telah didatangi oleh wakil Pas yang memujuknya menyertai parti terbabit dan bertindak menentang UMNO/BN sendiri namun perkara tersebut ditolak dan kemudian Ahmad Said menarik balik tindakannya serta menyatakan kesepakatan untuk terus bersama UMNO/BN.
“Ini adalah antara bukti bagaimana Pas yang menggunakan perkataan Islam lebih suka kepada perpecahan dan suka mengambil kesempatan atas kesempitan yang berlaku kepada orang lain iaitu mengimpikan membina kerajaan sendiri daripada kelemahan pihak lain dan bukannya berdasarkan kepada kredibiliti mereka sendiri.”
Apabila Ahmad Said mengisytihar dirinya keluar daripada UMNO dengan disertai dua adun BN menyebabkan kedudukan kerusi BN, Pas, dan bebas 15:15:3 namun kemudiannya Adun Bukit Besi Roslee Daud kembali semula kepada UMNO diikuti Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib.
“Pas bermimpi untuk berkerajaan sendiri bersandarkan kepada kelemahan dan kegagalan orang lain tanpa mempunyai keupayaan membina kekuatan sendiri, tidak ada gerakan tersusun dan tanpa pemikiran yang matang yang tentunya akan menjadikan kerajaan negeri kucar-kacir jika mentadbir kelak.
“Banyak perkara menunjukkan bahawa Pas tidak ikhlas dalam politik, tidak luhur dalam perjuangan kerana mereka lebih suka melihat perpecahan dan mengelirukan masyarakat dengan pelbagai perkara sebagaimana hudud yang mengakibatkan rakyat gelisah dan wujudnya sikap berpuak-puak.”
Beliau yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil contoh bagaimana hudud dijadikan isu politik oleh Pas dalam usaha mencapai populariti sedangkan realitinya banyak lagi perkara berkaitan Islam yang wajar diambil kira.
“Mereka menjadikan hudud sebagai isu utama politik sedangkan cara hidup Islam yang diterapkan kerajaan tidak diambil kira sebagaimana penerapan masyarakat yang cintakan perpaduan, tolong menolong, sistem sosial yang mantap, sistem pendidikan yang teratur dan perancangan masa hadapan yang jelas.
“UMNO/BN tidak menuding jari kepada pihak lain tetapi menetapkan fokus untuk keselesaan rakyat sedangkan Pas hanya tahu menyalahkan UMNO dan kerajaan sebagaimana kegagalan pelaksanaan hudud juga dikaitkan dengan penolakan UMNO walhal perkara ini tidak benar.”
Tegasnya lagi, jika benar Pas mengutamakan perjuangan agama Islam, bangsa Melayu dan negara ini maka tentunya parti itu enggan untuk mengambil kesempatan atas kemelut politik yang berlaku sebaliknya lebih menitikberatkan ukhwah dan permuafakatan.
“Jika dilihat secara keseluruhan apakah jasa Pas kepada bangsa Melayu keseluruhannya selain hanya mengundang perpecahan dan mengelirukan masyarakat Islam yang mana hal ini hanya memberi keuntungan kepada pakatan pembangkang semata-mata.” 

No comments:

Post a Comment