Nuffnang Ads

Friday 16 May 2014

Zahirkan Ketaatan Kepada Parti Dan Presiden UMNO – Ahmad Maslan

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata semua anggota dan pemimpin Umno perlu meletakkan kesetiaan dan ketaatan kepada parti dan presiden UMNO, melebihi daripada kepatuhan kepada pemimpin tertentu.
najib-muhyiddin-tengku-adnan-potong-pulut-kuning-upacara-sambutan-hari-ulang-tahun-umno-2014-pwtc
Beliau berkata semua anggota UMNO perlu menghindari daripada bersikap patuh atau setia kepada pemimpin, pemimpin kenegerian atau kelompok tertentu, yang dilihat boleh menjejaskan keutuhan parti berkenaan.
“Setiap ahli perlulah menyemai rasa taat dan setia kepada presidennya, kemudian barulah kepada pemimpin negeri,” katanya selepas merasmikan persidangan mengenai persediaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP), di sini hari ini.
Mengulas kemelut politik yang berlaku di Terengganu, Ahmad berkata UMNO menerusi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya menyelesaikan krisis itu kurang daripada tempoh 48 jam.
Bagi beliau, tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bertindak keluar UMNO sebelum itu dilihat lebih bersifat emosional semata-mata.


Bekas menteri besar itu bagaimanapun menyertai semula UMNO selepas mengadakan perjumpaan dengan perdana menteri semalam.

No comments:

Post a Comment