Nuffnang Ads

Wednesday, 11 July 2012

AMUK DI JPM: AYAH DAKWA MUHDALINA 'GILA INTERNET'


“Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini.” Demikian kata Ahmad Adam, 55, ayah Muhdalina, 28, yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.
Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu.
“Saya tidak sangka perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi telah menyebabkan anaknya itu terjebak dengan perkara yang tidak masuk akal seumpama itu.
“Saya percaya ini ekoran sikapnya yang ‘Gila Internet’ malah kami sendiri tidak pernah mengenali Khalil Afandi dan hanya kenal dia dari surat akhbar hari ini malah percaya Muhdalina hanya mengenali lelaki tersebut melalui internet sahaja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.
Ahmad berkata, tiada sikap mencurigakan mengenai Ina melainkan dua hari sebelum kejadian dia menghantar dua anaknya ke rumah dan memaklumkan ada urusan untuk dua ke tiga hari malah, “kami tidak mengesyaki apa-apa.”
“Dia tinggal bersama suami yang bekerja sebagai pemandu di syarikat yang sama di Rantau Panjang, Klang banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet dan bukan dikategorikan sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama tinggi,” katanya.
Ahmad yang datang bersama isteri, Siti Marliah Marjunit, 55, dua anak Muhdalina, Mohd Farish Khorizmi Yusof, 2, dan Mia Ratisya Yusof, 1, dengan ditemani anak sulungnya Ariffin, bagaimanapun tidak dapat melawat Muhdalina.
Ahmad yang juga seorang peniaga nasi lemak berkata, anggota polis yang mengawal Muhdalina memberikan alasan anaknya masih belum diambil keterangan dan tidak dibenarkan menerima pelawat.
“Kami sekeluarga amat terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana dia seorang anak yang baik, peramah dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah dia juga berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurut Ahmad, dia hanya mengetahui kejadian menimpa Muhdalina setelah dimaklumkan oleh anak sulung yang terbaca mengenai perkara itu di Internet kira-kira jam 5 petang (semalam) dan menyangka hanya rusuhan biasa
“Saya terus menghubungi telefon bimbit Muhdalina sebelum dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.
“Setelah dimaklumkan situasi Muhdalina oleh pegawai polis berkenaan, saya terus bergegas datang ke Hospital Putrajaya, namun gagal menemuinya, selepas itu saya ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya untuk mengetahui hal sebenar,” katanya lagi.
Ahmad memaklumkan dia akan ke IPD Putrajaya untuk memohon kebenaran bagi melawat anaknya.
Difahamkan, Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu terlalu taksub dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu.
Dia yang datang ke Hospital Putrajaya dengan ditemani seorang rakan hanya datang menyerahkan pakaian dan barang-barang keperluan isterinya kepada anggota polis yang berkawal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin, Muhdalina ditembak oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Putrajaya selepas mengamuk bersama Khalil Afandi yang bersenjatakan pedang samurai, pisau lipat dan keris.
Mai Pikiaq Pi: Siapa sangka orang yang baik akan menjadi sebaliknya akibat terpengaruh dengan rakan internet....


No comments:

Post a Comment