Video kejadian amukan di Putrajaya semalam oleh penulis blog, Jaya Negara atau nama sebenarnya Khalil Afandi Hamid, 47 bersama rakan wanitanya, Muhdalina Ahmad, 28 telah muncul di Youtube.
Bagaimanapun klip video selama hampir empat minit itu tidaklah terlalu jelas namun tetap memperlihatkan beberapa babak penting kejadian itu seperti bunyi tembakan.
Dalam klip video berkenaan, Khalil dilihat masih mampu menjerit walaupun setelah ditembak.
“Tembak-tembak…” antara jeritan suspek selepas peluru menembusi badannya.
Kedengaran juga anggota polis meminta orang ramai agar tidak keluar kerana bahaya kejadian itu.
Video itu dimuat naik oleh salah seorang penulis blog pro-pembangkang.
Menurut beberapa saksi yang memberikan komen di Youtube, polis telah memberikan masa dan peluang serta nasihat secukupnya namun suspek berterusan bertindak ganas, menyebabkan polis tiada pilihan selain melepaskan tembakan.
Mai Pikiaq Pi: Kejadian ini menjadi pengajaran buat kita semua bahawa "politik of hatred" yang dibawa pembangkang dan politik liberal atau kononnya keterbukaan (malangnya fakta kurang dan hujah retorik) sudah sampai ke kemuncak keterlaluannya.
No comments:
Post a Comment