Nuffnang Ads

Friday, 20 July 2012

PEMBANGKANG PAKAR PUTAR BELIT FAKTA - TENGKU ADNAN


Pakatan pembangkang terbukti kaki putar belit dan sanggup menipu dengan menafikan pelbagai fakta sebenar sebagaimana Ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan popular dan menafikan kepimpinan tertinggi daripada Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengganggap golongan pembangkang sebagai memutarbelitkan fakta berdasarkan pemberitaan yang ditulis dalam media siber mereka.
“Ini bukanlah perkara yang baru berlaku kerana sebelum ini Anwar Ibrahim telah beberapa kali mengaibkan dirinya apabila mengutuk negaranya sendiri, budaya dan masyarakatnya,” katanya.
Dilaporkan, hari ini laman siber pembangkang, Malaysian Insider menyebut bahawa Anwar masih lagi popular di Jakarta selain menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang berkunjung ke Indonesia awal bulan ini dan mendakwa gagal bertemu dengan pemimpin Partai Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputri.
“Nampaknya siri penipuan Anwar dan sekutu pakatan pembangkang masih berterusan dan mereka memburuk-burukkan kepimpinan Kerajaan BN sedangkan realitinya apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang dinyatakan.
“Saya turut bersama dalam delegasi berkunjung ke Indonesia mengiringi Timbalan Perdana Menteri, dan beliau bukan saja mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Megawati tetapi juga mendapat layanan yang amat baik dalam kunjungan ke rumah pemimpin tersebut,” katanya.
Tegasnya, dalam kunjungan di rumah Megawati, anggota delegasi termasuk Muhyiddin telah berkesempatan menziarahi Bapak Taufik Kiemas, Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia yang juga suami Megawati yang sedang sakit.
“Semua pemimpin tertinggi partai di Indonesia termasuk Ibu Megawati sendiri mengharapkan kepimpinan UMNO dan BN terus memerintah dan menjalinkan hubungan akrab antara dua negara khususnya dalam masyarakat serumpun Malaysia-Indonesia.
“Kedatangan Tan Sri Muhyiddin sangat dialu-alukan sehinggakan Timbalan Presiden Indonesia, Boedino sanggup melewatkan acaranya untuk ke luar daerah demi mengadakan pertemuan dengan TPM.”
Dalam hal ini beliau menempelak mana-mana pihak dan meminta jika tidak tahu perkara sebenar maka sewajarnya tanya terlebih dahulu kerana jika menulis fakta yang salah adalah sama seperti melemparkan fitnah.
“Jangan hanya menulis secara semberono tanpa melihat realiti sebenar apatah lagi membabitkan pemimpin negara yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan.
“Janganlah hanya kerana taksub pada individu yang telah banyak terpalit dengan kesalahan moral dan pelbagai dakwaan maka sanggup pula bergelumang dengan fitnah. Inikah kononnya orang yang mahu ditabalkan sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa?”
Katanya, sewajarnya pakatan pembangkang mempunyai pemikiran yang matang dan bijak menggunakan media tanpa perlu menunjukkan kebodohan mereka atas alasan semata-mata menarik perhatian rakyat untuk populariti Anwar.
“Sebelum ini pun Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat dan kemudian mengeji pakaian batik Malaysia sedangkan ia adalah produk tempatan yang tidak sewajarnya dipolitikkan,” tegasnya.
Sebelum itu, anak sulung Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah juga pernah memberikan kenyataan palsu ketika ditemu bual dengan akhbar Kompas di Indonesia, 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa ia sebagai aset usang dan terpakai.
“Saya amat kecewa sebenarnya apabila mendapat tahu bahawa pembangkang sanggup memburukkan negara sendiri dan melemparkan fitnah semata-mata untuk kepentingan politik dan mereka gagal menanamkan sikap patriotik dan nasionalisme dalam diri masing-masing.
“Namun saya tidak terperanjat dengan penipuan-penipuan yang dibuat oleh para pemimpin dalam pakatan pembangkang kerana mereka akan terus melakukan apa saja demi untuk menjatuhkan kerajaan,” ujarnya.
Dalam kunjungan balas delegasi UMNO ke Indonesia pada 3 Julai lalu, acara rasmi telah diadakan dengan pemimpin Golkar, Aburizal Bakrie dan pemimpin Partai Demokratik Annas Urbaningrum selain pertemuan melibatkan golongan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Untuk perkembangan selanjutnya, UMNO dan partai-partai politik di Indonesia akan mengadakan hubungan secara langsung bukan saja untuk merapatkan jalinan antara politik tetapi juga dalam membincangkan isu-isu berbangkit. 
Mai Pikiaq Pi: Anwar sedar dia tak berapa popular di negara sendiri, maka sedaya upayanya mencari populariti di negara lain untuk kepentingan politiknya....

No comments:

Post a Comment