Nuffnang Ads

Thursday, 12 July 2012

Lafaz talak pada isteri yang tidak sokong Pas


Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.

Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.

Mai Pikiaq Pi: Susahlah macam nie.. kalau ada suami yang menganggap nilai perkahwinan hanya pada kertas sahaja.. Bila tak suka dibuangnya?... Kasih yang terbina sejak berbelas tahun tidak diambil kira... Fahaman politik yang tidak ada hujung pangkalnya dijadikan sandaran untuk melafazkan talak.. Patutkah ini terjadi???.....

No comments:

Post a Comment