Nuffnang Ads

Monday 9 July 2012

'Anwar kena undur PRU13 jika gagal' - Khairy


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil pendekatan "anak jantan" dengan berundur daripada pentas politik sekiranya beliau gagal mengemudi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tiada guna Anwar kekal sekiranya gagal sedangkan jawatan dalam parti hanya satu lantikan.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menegaskan, ramai dalam kalangan pemimpin Pas dan DAP yang sebenarnya memberikan peluang terakhir kepada Ketua Umum PKR itu dan jawatannya perlu diberikan kepada orang lain.
PKR, DAP dan Pas menganggotai PR.

"Kita cakap soal nak meremajakan parti, kita tengok mereka remaja ke? Tengok Pas dan DAP, pemimpin yang sama sejak 20 tahun lalu. Takkan Anwar pun nak ikut jejak langkah mereka tu?

"Anwar bekas Ketua Pemuda Umno, dia kena jadi anak jantanlah, kalau tak berjaya, letak jawatanlah," katanya dengan nada sinis kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Ipoh Barat di Bangunan Umno Perak di sini, malam tadi.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Umno Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar; Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi; Ketua Puteri Umno Ipoh Barat, Isfarina Mohd Bali dan Naib Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat, Mua'mar Ghadaffi Jamal Jamaluddin.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy meminta setiap Pemuda Umno bahagian memberikan tumpuan ke atas soal persiapan pilihan raya terutamanya kepada kupasan isu-isu.

"Kita mesti pandai jawab isu. Soal jentera kita sudah kuat cuma sekarang kita lebih tumpu kepada kupasan isu untuk dijawab melalui media-media sosial seperti Facebook, Twitter dan melalui platform-platform yang lain.

"Ini penting kerana daripada segi jentera kita boleh mantap, tetapi dari segi perang isu ini ada kesan kepada pengundi muda," ujarnya.

Untuk tujuan itu, beliau sendiri akan membuat jelajah di lapan lokasi ceramah pentas pemuda di Lembah Klang bagi mengupas isu-isu yang dimainkan pembangkang.

Beliau turut meminta Pemuda dan Puteri Umno supaya tidak memandang remeh isu-isu yang dibangkitkan pembangkang untuk menghentam kerajaan dan parti.
Mai Pikiaq Pi: MPP tak yakin ANWAR IBRAHIM akan berundur... 

No comments:

Post a Comment