Nuffnang Ads

Thursday 5 July 2012

Penduduk Bantah Cadangan Pengambilan Tanah Untuk Bina AWLU

Sekumpulan penduduk Kampung Genting di sini berhimpun bagi membantah cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung mereka untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) iaitu Asian Women Leadership University (AWLU).

Mereka berkumpul di depan Masjid Jamek Kampung Genting bermula pukul 10 pagi kerana marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri, sekaligus bertekad mempertahankan tanah berkenaan daripada diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Genting Osman Long berkata, bantahan yang serupa dibuat oleh penduduk kampung dua tahun lepas, bagaimanapun tidak ada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan negeri.



Beliau berkata, pertemuan dan perbincangan telahpun diadakan dengan Ketua Menteri II, Datuk Mansur Othman supaya pembinaan universiti itu dialihkan ke tempat lain yang tidak ada penempatan penduduk.

"Sekiranya kerajaan negeri mahu juga mengambil tanah ini, ada penduduk yang terpaksa berpindah. Kalau ambil juga, tidak ada lagi tanah yang akan didiami, ini saja tanah yang kami ada," katanya kepada pemberita di sini Rabu.


Mai Pikiaq Pi: Kerajaan PR Pulau Pinang sanggup buat apa saja asalkan Melayu Pulau Pinang merempat....

No comments:

Post a Comment