Isu pembinaan rumah kos rendah di Pulau Pinang nampaknya terus menjadi misteri. Walaupun banyak pihak telah mendesak agar Ketua Menteri, Lim Guan Eng memperjelaskan isu ini namun sehingga ke hari ini Guan Eng hanya berani mengeluarkan kenyataan bahawa ‘akan bina’ atau ‘telah bina’, dan terus gagal menunjukkan di manakah lokasi sebenar rumah kos rendah yang didakwa telah dibina itu.
Baru-baru ini, Guan Eng telah membuat pengumuman bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk membina empat blok unit rumah kos rendah dan sederhana di Jalan Chelliah, George Town, namun masih tidak dinyatakan bilakah pembinaan ini akan dimulakan. Adakah benar ianya akan dibina atau sekadar gimik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir, selama empat tahun mentadbir negeri Pulau Pinang, telah banyak kali Guan Eng menyatakan akan membina rumah kos rendah, namun masa terus berlalu dan pembinaan yang dijanjikan terus menjadi siri misteri.
“Kali ini sekali lagi Guan Eng menyatakan cadangan nak bina rumah kos rendah. Kali ini entah kali ke berapa. Bagi saya, semua ini hanyalah pembohongan DAP untuk mengelirukan rakyat. PRU13 dah dekat jadi mulalah taktik lama tabur janji sana tabur janji sini.
“Dahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman pernah mencabar Guan Eng untuk menunjukkan di manakah rumah kos rendah yang dikatakan telah dibina di Pulau Pinang. Tapi sampai sekarang dia gagal menunjukkan lokasinya. Tak perlulah berjanji nak bina rumah kos rendah… tunjukkan dulu lokasi dan beritahu secara terang bila nak bina. Kalau sekadar cakap, baik tak payah,” ujarnya.
Guan Eng juga dahulu pernah menafikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal membina rumah kos rendah dan sederhana. Dia mendakwa telah membina 11,596 rumah kos rendah dan sederhana dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan negeri dan selebihnya oleh pihak swasta. Namun tidak dinyatakan di manakah perumahan tersebut dibina.
“Saya juga ingin mencabar Guan Eng, tunjukkan dahulu di mana rumah yang kononnya telah dibina itu. Pulau Pinang ni bukan besar sangat. Tak susahpun nak sebut di mana telah dibina. Jangan hanya bermain sandiwara politik menjelang PRU13.
“Taktik mereka ini sudah basi sebab janji demi janji ditabur namun tidak ditunai. Isu rumah kos rendah pula sehingga kini tidak mampu dijawab. Apa yang diumumkan adalah terang-terangan hanya untuk memberi harapan palsu dan mengelirukan rakyat,” jelasnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Yang nampak hanya kondominium-kondominium mewah di sepanjang jalan di Pulau Pinang... Melayu sana tercicir di tanah sendiri....
No comments:
Post a Comment