Nuffnang Ads

Tuesday 10 July 2012

DAP mahu tanding 90 kerusi


Maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan DAP dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) membuktikan bahawa parti tersebut bercita-cita tinggi dengan bernafsu besar, tamak dan angkuh.
Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek melihat sekiranya benar perkembangan tersebut menjadi realiti maka ia adalah satu lagi bukti kedangkalan DAP dalam memperbodohkan rakyat.
“Atas dasar apakah yang telah menjadi bukti kepada rakyat bahawa DAP mampu menjadi parti dominan sedangkan pentadbiran yang sedia ada pun gagal dilaksanakan dengan baik apatah lagi nak memasang angan-angan yang ibaratnya hanya mimpi di siang hari,” katanya.
Tegasnya, sepanjang pentadbiran DAP yang berkerajaan di Pulau Pinang, tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan melainkan kebajikan rakyat yang semakin merosot khususnya dalam kalangan Bumiputera Melayu sendiri.
“Golongan Bumiputera Melayu di Pulau Pinang telah diketepikan ibarat sampah di tepi jalan yang mana mereka dihalau dan dinafikan haknya atas nama pembangunan sedangkan perkara yang menjadi keutamaan iaitu kebajikan rakyat dipinggirkan.
“Ini baru pentadbiran di satu negeri jadi bayangkanlah bagaimana pula yang akan berlaku sekiranya cita-cita politiknya untuk mentadbir negara menjadi realiti maka tentunya akan lebih banyak penindasan ke atas rakyat yang akan berlaku,” katanya.
Maklumat mengenai perkara itu diberitakan di laman media selepas didedahkan oleh sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net.
“DAP bernafsu besar dan memasang impian berlandaskan kepada konon-kononnya sokongan orang Melayu kepada DAP telah meningkat berdasarkan kepada PRU yang lalu sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.
“Adakah ini parti yang akan memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat sedangkan apabila mereka berkuasa lain yang dilakukannya?”
Tegasnya yang juga Penasihat Undang-undang Universiti Malaysia Kelantan (UMK), barangkali kerana nafsu besar dan cita-cita politik tersebut jugalah maka sehingga ke hari ini kabinet bayangan pakatan pembangkang gagal diwujudkan.
“Bagaimana kabinet bayangan mahu diwujudkan sedangkan antara ketiga-tiga pakatan pembangkang ini mempunyai impian untuk menjadi parti dominan sebagaimana DAP yang mensasarkan untuk bertanding di 90 kawasan sedangkan Pas kekal dengan 66, jadi tidak mungkinlah PKR akan menjadi parti yang paling kecil.
“Apatah lagi, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang mempunyai impian untuk menawan Putrajaya adalah daripada PKR, jadi tidak semudah itu untuk DAP mendapat laluan.
“Sebenarnya pembahagain kerusi itu sendiri tidak realistik, malah nampak benar bahawa pembangkang yang berpakat ini adalah satu ikatan yang rapuh kerana masing-masing mempunyai agenda politik tersendiri,” katanya lagi.
Pada Pilihan Raya 2008, DAP menang 28 daripada 47 kerusi yang ditandingi iaitu pencapaian sebanyak 59.57 peratus berbanding PKR yang hanya menang 31 kerusi daripada 97 kawasan Parlimen, manakala Pas pula paling sedikit iaitu 28 kerusi. 
Mai Pikiaq Pi: DAP hanya mahu memegang jawatan PM satu hari nanti... dan menjadikan Malaysia sebuah negara Republik seperti Singapura...

No comments:

Post a Comment