Nuffnang Ads

Monday 23 July 2012

DAP TIDAK KOMPROMI SOAL HUDUD


Gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi supaya Ustaz Fathul Bari mengemas kini maklumat terjawab apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataannya dalam New Straits Times (NST) hari ini masih berpegang dengan prinsip lama iaitu tidak berkompromi dengan hukum hudud.
“Bila keluar kenyataan dalam akhbar NST hari ini, saya agak terkejut apabila Karpal Singh menyatakan bahawa beliau masih lagi tidak menerima (hudud).
“DAP tidak menerima ini telah kita ketahui tentang pelaksanaan hudud di negara ini, cuma kita tidak mengetahui berlangsung atau tidak perbincangan-perbincangan sesama mereka.
“Berlangsung atau tidak kenyataan-kenyataan seperti ‘kami menerima’..tetapi secara jelas pada hari ini saya kira Ustaz Nasruddin dan sahabat-sahabat PAS dan semua rakyat Malaysia perlu kemas kini maklumat bahawa DAP masih lagi dengan pegangan mereka iaitu tidak ada kompromi dalam isu seperti ini,” kata Ustaz Fathul Bari.
Karpal Singh seperti dilaporkan NST menyatakan kemarahan melampau apabila Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi telah menyarankan bahawa beliau telah bersedia untuk mempertimbangkan undang-undang itu di negara ini dalam debat politik anjuran Sinar Harian, 19 Julai lalu.
“Saya tidak akan bertolak-ansur,” kata Karpal dalam satu temu bual telefon dengan akhbar NST.
“Saya sentiasa dikenali umum dan mutlak dengan pendirian saya bahawa tidak akan bersetuju hudud dilaksanakan di negara ini. Bagaimana pula boleh dia (Nasrudin) mendakwa perkara seperti ini?” katanya yang terkenal sebagai pembangkang kuat untuk sebarang percubaan memperkenalkan undang-undang Islam di negara ini.
Mai Pikiaq Pi: Sekarang terpulang kepada PAS untuk menilai kembali pakatan mereka bersama DAP bagi memperjuangkan hukum hudud di Malaysia...

No comments:

Post a Comment