Nuffnang Ads

Wednesday, 4 July 2012

KONTROVERSI UNISEL LAGI?

Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi menjawab dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini masih belum bersahut.

Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.

Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bila mana Khalid mencadangkan penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara PTPTN tempoh hari.

Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya menggunakan jalan singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang berserabut dalam kepala.

Apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL, asasnya kerana sebelum ini Khalid pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya disebabkan adanya kerugian.



Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama seperti Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan universiti tersebut baru sahaja dibina oleh BN pada tahun 1999.

Tanah tergadai ke tangan orang lain, nasib pelajar terumbang ambing dan pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih. Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu ia berulang kembali.

Sementelah lagi apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman, saat inilah keraguan kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL.

Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi setiap semester juga kian menurun. Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah mendaftar masuk ke UNISEL, tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut teramat jauh berkurangan.

Manakala itu, pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami kerugian lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru selain faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi.

Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan penjualan aset berupa tanah tersebut, bukan salah orang ramai apabila mereka percaya ia sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang ditanggung oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir Kerajaan PKR Selangor.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu.


Mai Pikiaq Pi: Yang menjadi mangsa adalah pelajar UNISEL yang tidak tahu menahu permainan politik kotor kerajaan negeri....

No comments:

Post a Comment