“Krisis air terawat sememangnya wujud di Negeri Selangor walaupun cuba dinafikan. Buktinya kerajaan negeri menyalurkan air melalui lori tangki air. Itu sudah membuktikan bahawa krisis air terawat ini memang berlaku," ujar Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.
Tambahnya, amat malang apabila Kerajaan Negeri Selangor langsung tidak mahu bertanggungjawab dalam hal ini sebaliknya cuba untuk terus mempolitikkan isu bekalan air.
Ini ternyata tegas beliau sejak isu ini timbul terdapat lori-lori tangki ini yang menyalurkan air turut memaparkan sepanduk yang bertulis "Bekalan air ini sumbangan Kerajaan Negeri Selangor. Hasil negeri untuk rakyat".
“Sepatutnya kalau buka pili air, dah ada air. Ini sebenarnya tanggungjawab asas daripada kerajaan negeri dalam menentukan air terawat patutnya sampai ke pihak pengguna dengan melalui paip.
“Kalau perkara ini tidak menjadi satu krisis maka tak payahlah mereka hantar bekalan melalui lori tangki. Ini yang mengecewakan kita, mereka mempolitikkan perkara ini. Ini memang satu tindakan yang langsung tidak bertanggungjawab,” ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Negeri Selangor.
Jelas beliau, rakyat menghadapi masalah bekalan air tetapi mereka menghantar tangki air dengan banner dan poster kononnya ini sumbangan kerajaan negeri, hasil kerajaan negeri dikembalikan kepada rakyat.
“Kenyataan kerajaan negeri ini sungguh tidak bertanggungjawab, ini kerana kita mempunyai pandangan dan pendapat bahawa kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab utama untuk menentukan bahawa bekalan air terawat dapat disampaikan kepada keseluruhan rakyat Negeri Selangor tanpa menggunakan bekalan lori tangki.
“Masalah tekanan air adalah satu perkara yang jelas terjadi hari ini, ia melibatkan kualiti kehidupan rakyat dan bayangkan kalau kita tidak dapat menggunakan air dalam menguruskan kehidupan seharian, ia pasti akan menyulitkan kehidupan kita,” ujarnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Kerajaan Negeri Selangor masih lagi menegakkan 'benang yang basah' tanpa memperlihatkan keikhlasan mereka dalam mentadbir Negeri Selangor... Sampai bila isu air akan berkesudahan???
No comments:
Post a Comment