Nuffnang Ads

Friday 6 July 2012

Bukan Islam dinasihat henti pertikai hudud

Orang bukan Islam yang tidak faham mengenai hudud tidak wajar mengeluarkan kenyataan kerana ia akan mengguris hati orang Islam.

Timbalan Presiden Persatuan Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali berkata, pihaknya menasihatkan agar pihak yang terlibat berhenti daripada mengeluarkan komen yang berunsurkan politik.

Bagaimanapun, beliau menyeru agar pemahaman sebenar dan menyeluruh mengenai hudud disebarkan kepada bukan Islam malah kepada orang Islam sendiri terlebih dahulu bagi mengelakkan ramai pihak terkeliru.

“Kami menasihatkan agar pihak yang mengeluarkan kenyataan dan mempolitikkan mengenai soal hudud berhenti kerana isu ini adalah berkaitan agama yang mempunyai panduan tertentu dalam pelaksanaannya.

“Kami juga menyambut baik cadangan ini dan bersedia memberikan kerjasama tetapi sekiranya pelaksanaan ingin dilakukan, pihak terlibat perlu mengambil kira kajian dalam konteks yang menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, isu ini tidak boleh diambil mudah kerana ia melibatkan hal keagamaan, dan jika tidak ditangani sewajarnya, isu ini boleh mendatangkan keburukan kepada umat Islam kelak.

“Jadi, apa yang dirisaukan oleh Jati sebagai satu pertubuhan Islam adalah, terlalu mudah isu ini diperkatakan oleh semua pelbagai pihak, sama ada umat Islam mahupun bukan Islam.

“Cadangan yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah daripada Umno, Datuk Ayub Rahmat disokong dan diterima baik oleh banyak pihak, namun ia perlu dilihat menerusi pelbagai aspek mengikut kehendak syarak,” katanya.



Mai Pikiaq Pi: Apa yang nak dirisaukan, bukan Islam bukan tergolong dalam menjalani hukuman hudud.. Jadi jangan pertikaikan hukum Islam ini....

No comments:

Post a Comment