Nuffnang Ads

Tuesday, 10 July 2012

GILA KE PUTRAJAYA...



Misteri kejadian lelaki dan wanita yang mengamuk menggunakan pedang samurai di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya jam 2.30 petang Isnin yang mengejutkan makin terungkai sedikit demi sedikit.
Ini ada kali pertama dalam sejarah negara ada orang bertindak sebegitu di perkarangan sebuah bangunan pentabiran negara. Ramai yang bingung dan tertanya-tanya apa halnya kejadian itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh memberitahu, lelaki yang mati, Khalil Afandi Hamid setelah cedera ditembak polis dan pasangannya, Muhdalina Ahmad yang mengamuk itu dipercayai mempunyai masalah mental ekoran ajaran sesat yang diikuti mereka.
Katanya, mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang tidak mengamalkan pemerintahan Islam.
Beliau bagaimanapun berkata, kejadian itu tidak ada kaitan dengan politik dan minta semua pihak tidak membuat spekulasi.
Menurut Salleh, polis terpaksa melepaskan tembakan dalam kejadian itu dalam usaha mempertahankan diri.
Beliau juga berkata, polis kini sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang menghilangkan diri selepas membawa mereka ke Kompleks B, JPM yang terletak di sebelah jalan tidak jauh dari kompleks utama JPM yakni Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.
Sebelum ini dilaporkan mereka berdua bukan pasangan suami isteri dan dipercayai kenal antara satu sama lain sekitar seminggu yang lalu menerusi laman sembang.
Sementara itu laman blog dipercayai milik lelaki yang mengamuk itu http://www.jayanegara1234.blogspot.com telah menarik perhatian ramai.
Tulisannya terakhir di blog berkenaan pada 30 Jun lalu bertajuk HIDUP DAN MATI……. apa yang dipertaruhkan.
Melayari blog berkenaan didapati tulisannya yang agak sukar difahami dan memeningkan menyentuh soal agama dan sebagainya memberi gambaran tentang dirinya.
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam posting di facebooknya mengenbai kejadian amuk itu memberitahu polis kini sedang menyiasat motif, kaitan serta perancangan lelaki dan wanita itu.
“Beri mereka masa untuk buat kerja,’’ katanya.
Serentak dengan itu beliau memberi jaminan pihaknya tidak pernah berkompromi dalam soal keselamatan Perdana Menteri.
Mai Pikiaq Pi: Terkejut MPP atas kejadian yang berlaku semalam... Syabas pihak polis kerana dapat memberhentikan tindakan yang tidak dijangka oleh lelaki dan wanita tersebut...

No comments:

Post a Comment