Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Lim Guan Eng tidak patut berdolak-dalik dalam melaksanakan projek perumahan rakyat (PPR), kata Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.
Ketuanya, Oh Tong Keong berkata, jikalau kerajaan negeri tidak ada keikhlasan untuk membina rumah rakyat kos rendah dan sederhana, parti itu akan meminta Kerajaan Pusat untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.
Katanya, kerajaan negeri mengelirukan rakyat dalam isu perumahan kos rendah dan sederhana dengan menyatakan tanah yang dijual adalah kerana saiznya yang kecil dan tidak sesuai untuk perumahan rakyat.
"Pihak kerajaan negeri telah menjual tanah kerajaan yang lain kepada pihak swasta untuk pembinaan rumah mewah dan tidak ada rumah rakyat kos rendah dan sederhana dibina," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Oh turut menyoal tindakan kerajaan negeri yang menjual tanah di Taman Manggis dan menafikan wujudnya cadangan pembinaan satu blok tambahan rumah rakyat di bawah fasa dua di kawasan berkenaan.
Mai Pikiaq Pi: Aku sedih melihat Melayu Pulau Pinang terpinggir di tanah sendiri... Apa nak jadi?... Kita bagi mereka peluang berniaga dan menjadi penduduk Pulau Pinang.. tapi apa yang mereka lakukan adalah bermain atas permainan yang mereka ciptakan sendiri untuk menipu orang Melayu Pulau Pinang.... Sedarlah orang Melayu bahawa bangsa lain hanya suka melihat kehancuran Melayu di tanah dan bumi Malaysia.. Bangunlah dan perjuangkanlah hak kita....!!!
No comments:
Post a Comment