Kebangkitan golongan muda dalam politik dilihat satu perubahan baik dan menjadi trend untuk memilih pemimpin-pemimpin bagi membawa perubahan secara menyeluruh dengan menerapkan politik baru yang lebih mencerminkan ciri-ciri Islam.
Penganalisis politik, Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sanim dari Universiti Utara Malaysia melihat kebangkitan golangan muda moderat yang lebih Islamik menjadi satu trend kepada arena politik di Malaysia.
Menurutnya, mengikut trend sekarang, golongan muda Melayu cenderung memilih dan membawa politik negara bersifat Islamik tanpa ada sebarang bentuk penindasan, korupsi dan sebagainya.
"Ya, betul golongan muda moderat telah bangun dan memilih pemimpin yang berbentuk Islamik untuk menjadi ketua negara seperti yang berlaku di negara-negara Arab.
"Kita nampak trend lebih berbentuk Islamik, dan pencetusnya juga golongan muda yang akan membawa perubahan besar dalam semua parti politik dan bukan hanya Pas sahaja," katanya.
Mohd Azizuddin berkata, trend seperti di negara-negara yang mengalami 'Arab Spring' terus meresap masuk ke minda golongan muda.
"Kecenderungan golongan muda lebih menyokong Pas kerana parti itu mencerminkan pembawakan Islam yang lebih ketara.
"Kebangkitan golongan tersebut dan cara pembawakan mereka dilihat baik dan tidak terlalu ekstremis buat masa sekarang, namun pada masa akan datang kita tak tahulah," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa selagi perjuangan golongan muda moderat ini tidak terlalu ekstrem, ia adalah perkara yang baik dalam membawa perubahan kepada politik negara supaya pelbagai masalah yang dihadapi sekarang termasuk korupsi, liberalisme dan sebagainya dapat dihentikan.
Ketika menyertai Debat Sinar Harian Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya menyelar pemimpin yang menggunakan agama bagi tujuan kepentingan parti semata-mata kerana baginya agama memainkan fungsi utama dalam menyatukan umat Islam walaupun berbeza fahaman politik mereka manakala Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi turut bersetuju bahawa faktor agama mampu melahirkan pemimpin yang bersih daripada segala anasir negatif termasuk mengekang daripada melakukan rasuah.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, perubahan yang dilakukan golongan muda adalah perkara yang baik, namun tidak semua yang menyokong parti politik yang berimej Islamik.
Katanya, tidak semestinya anak muda di Malaysia memilih kepimpinan atau ketokohan yang bercorak keagamaan tapi perlu seiring dengan perubahan semasa.
"Saya tak namapak seratus peratus golongan ini menyokong kepimpinan yang bercorak keagamaan sahaja.
"Tapi mereka lebih memilih pemimpin yang mendekati, mendengar, jujur, dan bertanggungjawab kepada rakyat terutamanya golongan muda," katanya.
Mohamed Mustafa berkata, bukan imej dari segi pemakaian sahaja yang menjadi sokongan golongan muda tapi pembawakan serta pelaksanaan tanggungjawab berkesan kepada rakyat adalah dorongan untuk golongan tersebut memilih sebagai pemimpin negara.
"Kriteria agama, bukan bersifat imej (pakaian) sahaja yang boleh tutup persepsi itu tapi tanggungjawab pemimpin pada rakyat menjadi sokongan tulin.
"Ada juga yang terpengaruh dengan imej yang dibawakan, tapi itu terpulang kepada masyarakat untuk menilai," katanya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Yang penting pemimpin yang dipilih haruslah melaksanakan janji-janji mereka kepada masyarakat...
No comments:
Post a Comment