Semua anggota UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengamalkan sikap selesa jika tidak mahu sejarah Pilihan Raya Umum 2008 berulang terutama di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya seluruh anggota perlu memperkukuhkan jentera dan sokongan terhadap parti masing-masing bagi meraih hati pengundi serta bekerjasama erat antara parti komponen BN.
“UMNO perlu kuatkan jentera selain bantu menyokong rakan-rakan parti komponen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar di sini hari ini.
Beliau berkata, seluruh anggota dan pemimpin UMNO dan BN perlu lebih bekerja keras berbanding sebelum ini bagi meraih sokongan semua golongan pengundi.
Sementara itu di Sungai Siput, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan dan Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata, jika anggota UMNO dan BN tidak mahu berada di bawah pentadbiran pembangkang, seluruh parti perlu memastikan pemimpin dan jentera bekerja kuat untuk meraih sokongan rakyat.
Pembangkang cuba membawa ‘acuan’ politik negara lain ke dalam negara ini dan jika negara mengalami kesusahan, rakyat tidak boleh mengharapkan negara lain membantu, katanya ketika menutup Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput di sini.
Mai Pikiaq Pi: Pemimpin perlu turun padang ambil tahu masalah rakyat...
No comments:
Post a Comment