Nuffnang Ads

Wednesday 4 July 2012

Umum Bertanding 80 Kerusi: Pas Sekadar Mahu Sedapkan Hati


Hasrat Pas untuk bertanding 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang hanyalah sekadar retorik dan tidak lebih untuk menaikkan semangat penyokongnya sahaja.
Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali menyifatkan apa yang dinyatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah sekadar menyedap hati penyokongnya berikutan isu pembahagian kerusi dalam kalangan pembangkang yang dilihat tidak memihak kepada parti berkenaan.
“Itu semua retorik sahaja, mana mungkin Pas dapat bertanding sebanyak itu, sedangkan mereka terpaksa bersaing dengan PKR untuk mendapat jumlah sebegitu banyak, apakah begitu mudah untuk DAP memberi laluan kepada Pas untuk jadi tunggak.
“Apakah yang dinyatakan itu sudah mendapat persetujuan daripada rakan sekutunya DAP, sedangkan apa yang diketahui Pas yang sering tunduk kepada DAP sehinggakan perjuangan negara Islam sebelum ini terpaksa ditukar kepada negara berkebajikan kerana tidak dipersetujui DAP,” katanya di sini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen (menang 23) PKR di 97 kawasan (menang 31) manakala DAP bertanding 47 (menang 31 ).
Menurutnya, Pas juga perlu berpijak di bumi nyata dan membuat perkiraan jumlah kerusi yang hendak dipertandingkan kerana mereka hanya bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya adalah pengundi Melayu.
“Pas perlu bercakap dengan fakta, apakah mereka tidak menyedari bahawa jumlah kawasan Parlimen yang majoritinya pengundi Melayu hanyalah sebanyak 119 kerusi, mungkin perkara itu tidak menjadi masalah kepada DAP kerana mereka bertanding di kawasan pengundi Cina.
“Bagaimana pula dengan PKR, apakah begitu mudah kepada mereka untuk memberi lalu bagi merealisasikan hasrat Presiden Pas itu, sedangkan mereka juga bertanding di kawasan pengundi Melayu,” katanya.
Samsol berkata, pilihan raya adalah sesuatu yang berdasarkan kepada fakta dan jumlah bukannya boleh dikatakan begitu sahaja dalam menentukan kemenangan dan perkara itu bukanlah semudah seperti yang dinyatakan.
Menurutnya, jika benar DAP sudah memahami dan menerima perjuangan Pas, sepatutnya Hadi membuat pengumuman bersama dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung jumlah kerusi yang bakal dipertandingkan bukannya membuat pengumuman ketika mengadakan ceramah dalam kalangan penyokongnya sahaja.
Mai Pikiaq Pi: Mana tidaknya... Hadi dan Karpal bukan sekepala... bab satu kapal dua nakhoda.... satu memperjuangkan Islam dan satu lagi kafir lahanat....

No comments:

Post a Comment