Penjelasan terperinci mengenai dakwaan isu penyelewengan RM1 bilion yang didedahkan oleh Pemuda MCA baru-baru ini perlu diberikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana membabitkan kepentingan rakyat.
Exco Wanita UMNO, Datuk Norhayati Tan Sri Onn berkata, Menteri Besar seharusnya menyediakan satu laporan khas untuk perkara itu dan bukannya dengan menyediakan kertas putih sebagai lampiran dalam Bajet 2013.
“Adalah lebih baik Menteri Besar menjelaskan perkara itu kepada rakyat dan bukannya terpaksa menunggu sehingga pembentangan Bajet 2013, mengapa ingin menunggu pembentangan bajet untuk menjelaskan perkara itu
“Dengan tempoh pilihan raya semakin hampir, kita tidak tahu bila pembentangan bajet itu akan diadakan nanti, bajet itu mungkin hanya alasan mereka untuk mengelak daripada menjawab perkara berkenaan kerana mungkin selepas ini pentadbiran Selangor bertukar tangan,” katanya.
Menurutnya, penafian melalui media tidak mencukupi untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan, sepatutnya mereka mempunyai laporan lengkap mengenai perkara itu jika dakwaan itu tidak benar seperti yang dinyatakan.
“Sebelum ini banyak perkara yang didedahkan contohnya seperti isu perlombongan pasir haram dan Yayasan Selangor, sehingga kini tiada suatu jawapan khusus yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri.
“Begitu juga dengan isu tanah PKNS di Kelana Jaya yang masih tiada jawapannya, alasan yang sering kita dengar daripada mereka untuk menutup perkara itu bahawa segala pendedahan dan dakwaan yang dibuat itu dalah niat jahat pihak tertentu untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri yang diperintah pakatan pembangkang,” katanya.
Norhayati yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Selangor berkata, sejak Selangor diperintah pakatan pembangkang, banyak perkara yang dilakukan telah menimbulkan pelbagai persoalan kepada rakyat dan apabila perkara itu dikemukakan, tiada suatu jawapan dan penjelasan khusus mampu diberikan oleh mereka.
“Ini bukan masalah untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, sebaliknya ingin mendapatkan penjelasan kerana sejak mereka perintah Selangor tiada perubahan yang dibuat seperti mana dijanjikan sebelum ini.
“Kononnya ingin mentadbir dengan telus, tetapi banyak perkara yang dilaksanakan menimbulkan kecurigaan, banyak perkara yang menimbulkan pelbagai persoalan, sebab itu kita mahukan satu penjelasan yang jelas dan bukannya sekadar buat penafian kepada pihak media sahaja,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: PR hanya pandai menabur janji... janji... janji...
No comments:
Post a Comment