Nuffnang Ads

Wednesday 1 August 2012

Pas Sanggup Gadai Maruah Islam Kerana Takut Ancaman DAP


Pas sudah terpesong daripada matlamat asal perjuangannya untuk ‘membangun bersama Islam’ kerana tunduk kepada tekanan DAP, dakwa Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Menurutnya, slogan Pas kononnya perjuangan mereka berteraskan ajaran Islam merupakan satu pembohongan kepada umat Islam di negara ini.
“Pas sekarang inilah hanya sebuah parti sekular, tidak berteraskan Islam kerana mereka tergamak gadaikan perjuangan Islam yang selama ini menjadi pegangan mereka kerana takut kepada ancaman DAP,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com di sini, hari ini.
Oleh sebab itu tegas beliau, Pengerusi DAP, Karpal Singh berani memberi kata dua kepada Pas supaya jangan sesekali cuba memperkenalkan hukum Hudud.
“Malah Pas akur apabila Karpal Singh menentang sebarang usaha parti itu untuk membentuk sebuah negara Islam,” katanya.
Dalam hal ini, beliau mempersoalkan di manakah sebenarnya ‘maruah dan harga diri’ Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, Pas tidak pernah konsisten dalam  perjuangan mengangkat syiar Islam di negara ini, sebaliknya hanya bertindak sebagai ‘pengacau’ di atas kejayaan UMNO.
“Dulu Pas kata mereka berjihad di jalan agama, sekarang Karpal Singh cerca tok guru mereka secara terbuka dan menentang Hudud, mengapa tak teruskan jihad itu,” soalnya lagi.
Secara tidak langsung kata Syed Ali, pertikaian antara DAP dan Pas membuktikan pakatan pembangkang tidak boleh bersama di atas satu landasan perjuangan.
“Masing-masing ada agenda, bagaimana mereka (pembangkang) mampu mentadbir negara jika berkuasa kelak, sedangkan dalam isu Hudud pun DAP dan Pas masih bertelingkah,” ujarnya.
Dakwa beliau lagi, bukti jelas perjuangan Pas sudah jauh terpesong apabila menukar slogannya kepada ‘negara berkebajikan’ daripada ‘membangun bersama Islam’.
Katanya, matlamat Pas menyamai perjuangan PKR dan parti pembangkang yang lain kerana mereka tidak mempunyai asas yang kukuh dalam membangunkan negara bangsa.
“Oleh sebab itu, Pas sanggup dan mampu berdusta kepada rakyat terutama di kawasan pedalaman kononnya mereka berjuang untuk kepentingan agama,  tetapi di depan bukan Islam terutama DAP cakapnya lain, “ katanya.
Syed Ali kecewa kerana pemimpin Pas yang mendakwa sebagai golongan ulama termasuk Nik Abdul Aziz  tidak sanggup menentang sergahan DAP.
Beliau mengulas kenyataan terbaru Karpal Singh yang tetap mempertikaikan sebarang cubaan Pas untuk memperkenalkan Hudud di negara ini.
Karpal Singh dipetik sebagai berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga sambil menjelaskan Pas kini sudah melupakan matlamat menubuhkan negara Islam, sebaliknya dengan jelas memilih sebuah negara berkebajikan.
Menurut Syed Ali lagi, soal pertelagahan antara Pas dan DAP membabitkan mereka dalam pembangkang tetapi yang dikesalinya kerana orang Melayu terus ‘tertipu’ dengan kepintaran Pas memutarbelitkan agama untuk agenda politik.
Sehubungan itu, beliau mengajak orang Melayu supaya berfikiran secara rasional mengenai kemampuan sebenar Pas ke arah negara berkebajikan.
“Itu semua slogan retorik Pas yang ciplak daripada hasil kejayaan UMNO mengurus kebajikan untuk rakyat sejak 55 tahun lalu,” tegasnya.
Oleh sebab itu katanya, Pas lebih rela mengkafirkan orang Islam terutamanya daripada UMNO hanya kerana tidak sehaluan dengan perjuangan politk mereka.
Sebaliknya kata beliau, Pas memberi alasan tidak masuk akal matlamat mereka menjadi ‘pak turut’ DAP selain untuk kepentingan politik, juga untuk kepentingan kegiatan dakwah.
“Saya nak tanya tok guru Pas, sudah berapa ramai pemimpin DAP yang telah berjaya mereka Islamkan hasil dakwah pemimpin  Pas?" soal beliau lagi.
Mai Pikiaq Pi: Fikirlah baik-baik, siapa yang patut kita pilih.. Adakah kerajaan yang sedia ada yang sentiasa memberikan kebajikan kepada rakyat atau kerajaan yang tidak tentu haluan tuju masing-masing....

No comments:

Post a Comment