“Saya menggesa MAINPP agar mengambil tindakan segera atas isu botol arak gergasi yang memuatkan 480 botol arak kosong di dalamnya.
“Saya harap YDP MAINPP, Datuk Salleh Man tidak memandang remeh isu ini atau terus berdiam diri hanya kerana takutkan Guan Eng. Jangan kerana kuasa dan politik, agama diletak ke tepi. Guan Eng bukan Tuhan. Tak perlu takut dengan dia untuk menegakkan perkara yang benar,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai botol arak gergasi yang dibina di Bandar Georgetown malah bersebelahan dengan kain rentang yang mempromosikan meriahnya Syawal.
Menurut Zainal, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) perlu bertegas di dalam perkara ini kerana ini adalah bulan mulia, bulan Ramadan di mana umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa.
Promosi botol arak gergasi yang dibuat di bulan Ramadan ini dilihat sebagai satu penghinaan dan mengundang kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang.
“Saya faham kita di Malaysia ini hidup majmuk tetapi promosi botol arak gergasi di bulan Ramadan ini adalah amat tidak kena pada masanya. Promosi ini boleh dibuat dalam bentuk lain seperti promosi ‘indoor’ ataupun iklan di dalam akhbar. Tidak perlulah dibuat di bulan Ramadan dan bersebelahan pula dengan kain rentang meriahnya Syawal.
“UMNO Pulau Pinang mempertikaikan perkara ini dan apakah motif sebenar di sebalik perkara ini? Adakah motif perniagaan ataupun mempunyai motif yang terselindung. Apa yang pasti, perkara ini menaikkkan kemarahan umat Islam dan ianya amat tidak sensitif.
“Oleh itu, saya sekali lagi menggesa agar Datuk Salleh Man mengambil tindakan segera berkenaan isu ini dan jangan pula menuding jari menyalahkan UMNO sengaja memperbesarkan isu ini kerana ini bukan kerana politik tetapi kerana maruah umat Islam,” ujarnya lagi.
Isu botol arak gergasi di hadapan sebuah pusat membeli belah ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam terutamanya di Pulau Pinang kerana ianya seakan tidak menghormati umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.
Ianya seakan memberi gambaran tidak betul mengenai sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang kerana arak adalah haram bagi orang Islam.
Mai Pikiaq Pi: Kita tengok apa kata Pas tentang isu ini.. Kalau Umno, semuanya salah.. Ini kena pada pakatannya sendiri... Jangan kerana kawan, Islam diketepikan...
No comments:
Post a Comment