Nuffnang Ads

Wednesday 8 August 2012

Gagal beri penerangan, Kerajaan Selangor bazir setengah juta ringgit


Ketua Penerangan UMNO Selangor, YB Abdul Shukur Idrus membidas kenyataan Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa kerajaan negeri sudah bersetuju untuk mengupah audit luar untuk memperjelaskan isu Talam Corporation dengan bayaran hampir setengah juta hanya semata-mata untuk menegakkan benang yang basah.
Tambah beliau, Kerajaan Negeri Selangor hari ini sebenarnya cuba menegakkan benang yang basah dan cuba untuk menutup kesalahan mereka dengan pelbagai cara, termasuklah dengan menggunakan pihak ketiga untuk membuat audit tentang isu Talam ini.
“Daripada isu Talam, isu wang pembelaan Rafizi, isu memasang sepanduk di seluruh negeri Selangor yang langsung tak datangkan sebarang faedah kepada rakyat negeri Selangor, sudah cukup untuk memperlihatkan bahawa Kerajaan Selangor betul-betul gunakan wang rakyat dan langsung tidak peduli dengan rintihan dan keluhan rakyat di negeri ini.
“Memang sangat jelas, bahawa Kerajaan Selangor hari ini begitu bermaharajalela menghabiskan duit rakyat. Kerajaan Selangor hari ini dengan sewenang-wenangnya guna duit rakyat untuk sesuatu yang tidak membela rakyat, sebaliknya untuk kepentingan politik mereka sendiri,” tegas beliau.
Beliau juga amat kesal dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengupah pihak ketiga dalam isu Talam ini sehingga mereka perlu menggunakan wang rakyat lebih daripada setengah juta yang mana hasilnya belum tentu lagi memuaskan hati semua pihak.
Sehubungan itu, Shukur yang juga ADUN Kuang meminta agar rakyat di Selangor mengembalikan semula pemerintahan Selangor ke tangan Barisan Nasional (BN).
Hari ini beliau yakin bahawa rakyat Selangor sudah dapat melihat dengan jelas, biarpun tidak sampai sepenggal Pakatan Rakyat (PR)  memerintah, sudah pelbagai isu yang timbul.
“Saya yakin, rakyat di Selangor boleh melihat sendiri bagaiman belum reda satu isu, isu lain pula timbul. Belum pun selesai isu penyelewengan Talam, timbul pula isu krisis air di Selangor. Dalam isu krisis air di Selangor, kegagalan kerajaan negeri dalam mengurus tadbir membuatkan Kerajaan Pusat pula terpaksa ambil alih isu air ini, agar rakyat Selangor tidak menghadapi krisis air menjelang tahun yang akan datang.
“Justeru itu, saya seru agar rakyat Selangor tidak lagi memberikan undi mereka terhadap kerajaan yang hari ini terbukti telah memungkiri segala janji-janji mereka, tidak mampu untuk mentadbir negeri secara profesional serta lebih mementingkan hal ehwal dan nafsu politik mereka daripada kepentingan rakyat itu sendiri,” kata beliau.
Mai Pikiaq Pi: Tak habis-habis seleweng duit rakyat... Rakyat Selangor patut sedar pemimpin seperti mereka ini yang seharusnya tidak dipilih pada PRU akan datang...

No comments:

Post a Comment