Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat tidak akan keliru malah sebaliknya tahu menilai yang mana tema Merdeka yang lebih sesuai antara yang dicadang Pakatan Rakyat (PR) dan kerajaan.
"Bagi saya tidak timbul sebarang kekeliruan daripada rakyat apabila terdapat dua tema yang berbeza kerana semua rakyat telah menilai tema yang dikemukakan oleh kerajaan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Anwar menjelaskan demikian ketika ditanya berhubung dengan tema alternatif sambutan Hari Kemerdekaan yang telah dicadangkan oleh PR semalam.
Semalam, Jawatankuasa Pemilihan Tema yang dipengerusikan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengumumkan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" sebagai alternatif kepada tema 'Janji Ditepati' yang dicadang kerajaan.
Ia kerana tema 'Janji Ditepati' itu mengambil slogan kempen jelajah BN yang disifatkan terlalu politik kepartian dan tidak relevan.
Dalam pada itu, Anwar berkata, empat negeri di bawah PR akan terus menggunakan tema alternatif itu jika kerajaan tetap berdegil untuk meneruskan tema Janji Ditepati itu.
Beliau pasti bahawa tema yang dicadangkan oleh PR dapat diterima oleh segenap rakyat kerana maksud yang diutarakan khusus untuk semua dan bukannya kepentingan politik PR.
"Bagi saya tema untuk sambutan kemerdekaan tidak sepatutnya menjurus kepada agenda politik sepertimana dilakukan oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
"Jelas tema Janji Ditepati adalah agenda politik yang mereka bawa di seluruh negara, tema perlulah khusus untuk semua peringkat sebab ia adalah program nasional bukan parti," kata Anwar.
Mai Pikiaq Pi: Tak kisahlah apa tema yang dipilih kerajaan, kerana kerajaan berkuasa.. jika PR jadi kerajaan nanti, apa agaknya tema yang mereka pilih... Jadi sekarang duduk diam ajelah... Jangan sibuk-sibuk mencampuri hak kerajaan...
No comments:
Post a Comment