Nuffnang Ads

Thursday, 30 August 2012

PEMBELA GESA KARPAL, DONALD LIM TARIK BALIK KENYATAAN HINA ISLAM

Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) menggesa Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Pengerusi MCA Negeri Selangor, Donald Lim menarik balik kenyataan yang didakwa telah menghina agama Islam.

Kedua-dua pemimpin itu juga digesa tidak menjadikan isu menyentuh Islam sebagai modal percakaran untuk meraih undi dan sokongan politik.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Pembela tidak terpengaruh dengan parti politik yang ghairah memperjuangkan dasar dan manifesto mereka khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan berpendirian mengambil tindakan sekaligus tidak berkompromi terhadap mana-mana pemimpin yang anti-Islam untuk menyentuh kedaulatan Islam di negara ini.

“Laporan polis telah dibuat terhadap Karpal Singh dan Donald Lim dan kami mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan kenyataan mereka yang prejudis di bawah Akta Hasutan 1948 dengan peruntukan undang-undang yang relevan serta mengambil tindakan yang perlu mengikut saluran yang perlu akibat keghairahan mengeluarkan kenyataan provokasi dengan sengaja.


“Saban hari umat Islam menyaksikan kebiadaban pemimpin politik yang secara terang-terangan menghina Islam sekaligus untuk mendapatkan publisiti murahan bagi meraih keuntungan politik yang bersifat sementara sehingga menolak sensitiviti masyarakat Islam di negara ini,” katanya sejurus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, hari ini. 

Menurutnya, Karpal juga dilihat bersungguh-sungguh memperjuangkan konsep negara sekular, malah ia menggambarkan bahawa beliau jahil tentang peranan Islam yang telah membina masyarakat Islam yang baik di negara ini walaupun sebelum Perlembagaan Persekutuan diterapkan dalam sejarah penubuhan negara.

“Kita takut perkara ini berlarutan sehingga masyarakat kita akhirnya terpaksa menerima pemikiran sekular yang diterapkan oleh kalangan yang anti-Islam ini," katanya.

Menurutnya, Karpal yang memperjuangkan konsep sekular membuktikan konsep yang jelasnya rapuh, bermasalah dan jelas menghancurkan tamadun lain di dunia, khususnya di barat.

Beliau juga tidak menolak kenyataan Lim adalah sebagai agenda yang ingin menghalang sebuah negara Islam untuk menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Baginya kenyataan Timbalan Menteri kewangan itu bersifat pramatang, menghasut serta mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dalam menjaga sensitiviti terhadap umat Islam yang menjalankan kehidupan beragama mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berharap tiada mana-mana pihak yang sealiran dengan mereka membiarkan pemikiran ini dipengaruhi unsur-unsur stereotaip dan label media massa musuh-musuh Islam dalam membuat kenyataan mengenai Islam yang jelas tidak berwibawa dan berprasangka jahat terhadap Islam.

Aminuddin menyeru semua Pertubuhan Islam di negara ini menyertai Pembela dan menzahirkan kegusaran terhadap sikap pimpinan politik Muslim dan bukan Muslim yang membuat kenyataan jahat yang tidak adil mengenai Islam.

Mai Pikiaq Pi: Kenyataan pemimpin pembangkang ini dilihat semakin berani memperjuangkan konsep negara sekular... 

No comments:

Post a Comment