Nuffnang Ads

Wednesday 8 August 2012

Lebih 1,000 Pelajar Unisel Hadapi Masalah Tempat Tinggal


Lebih 1,000 penuntut Universiti Selangor (Unisel) berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu didakwa enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing selepas mereka mendaftar masuk Selasa.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd Jeffri Abu Hassan berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu secara rasmi oleh pengurusan Unisel dan hanya mendapat tahu secara lisan daripada beberapa pihak berkaitan.
“Perkara ini tidak diisytiharkan, apa yang kami tahu asrama tidak dibuka kerana pekerja (yang mengendalikan urusan asrama) tidak mendapat gaji. Oleh sebab itu mereka tidak datang bekerja. Ketua mereka turut bercuti sejak Jumaat lalu tanpa meninggalkan apa-apa notis pemberitahuan berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, penuntut yang tidak dapat memasuki kolej kediaman terdiri daripada pelajar semester kedua hingga tahun akhir.
“Penuntut tahun satu dan penuntut baru telah mendapat kunci dan boleh tinggal di asrama masing-masing kerana mereka telah mendaftar awal iaitu pada seminggu yang lepas. Pada waktu itu pejabat operasi asrama masih lagi dibuka,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: MPP sedih memikirkan nasib pelajar Unisel yang tidak habis-habis ditimpa masalah di bawah pentadbiran Kerajaan PR Selangor...

No comments:

Post a Comment