Nuffnang Ads

Thursday 30 August 2012

Pemuda Umno terus pelan tubuh kelab di IPTA


Pemuda Umno tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk menubuhkan kelab penyokong parti di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi membolehkan mahasiswa memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kelab penyokong itu tidak akan ditubuhkan di dalam kampus, tetapi hanya di luar atau kawasan berhampiran universiti.

“Saya faham dengan undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang melarang pelajar terlibat dengan politik dalam kampus.

“Saya yang mencadangkan pindaan tersebut dilakukan. Jadi tiada halangan untuk kami meneruskan perancangan ini,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai pertubuhan politik tidak dibenarkan bergerak di dalam kampus kerana tertakluk kepada Auku.

Mengulas lanjut, Khairy memberi contoh jika kelab itu ditubuhkan di luar kampus Universiti Malaya (UM) dan dikendalikan oleh Pemuda Umno Lembah Pantai, itu tidak salah.

“Saya menghormati pendirian menteri dan peruntukan undang-undang sedia ada. Tetapi, ia tidak melarang mahasiswa mengikuti aktiviti di luar kampus untuk berbuat sedemikian,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Belia universiti mempunyai pandangan yang boleh membantu kerajaan memacu negara untuk mencapai Wawasan 2020...

No comments:

Post a Comment