Nuffnang Ads

Friday 17 August 2012

'Saya tidak gesa Nasha keluar parti' - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dikeluarkan oleh sebuah portal semalam.

Apa yang beliau katakan hanya tidak hairan jika mana-mana tokoh mahu keluar parti sebagaimana bekas Presiden PAS, Datuk Asri Muda dahulu.

"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat.

"Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataan ringkasnya hari ini.

Beliau mengulas berita sebuah portal yang melaporkan berita dengan tajuk 'Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS'.



Manakala bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekaligus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.
Mengenai pertemuan dengan Najib di Makkah, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, “kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir ramadan ini.”
Katanya, beliau kesian melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.
“Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang-orang Islam.
“Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: MPP rasa ramai lagi ahli Pas yang sependapat dengan Nasha...

No comments:

Post a Comment