Nuffnang Ads

Monday 13 August 2012

Mahkamah Sahkan Harakah Fitnah UMNO


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bahawa adanya unsur fitnah terhadap UMNO Selangor berkenaan laporan akhbar Harakah tahun lalu berkaitan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor di Gereja Methodist Damansara Utama.
Walaupun kes ini telah ditolak atas alasan teknikal iaitu UMNO Selangor sepatutnya menyaman atas nama pegawai awam iaitu Datuk Ab Rauf Yusoh dan bukannya Datuk Seri Ir. Mohd Zain Mohamed selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, namun atas merit kes itu, mahkamah berpendapat telah ada fitnah oleh akhbar Harakah terhadap UMNO Selangor berkenaan kes ini.
Mahkamah menolak pembelaan bersyarat (qualified privilege) PAS dan Harakah kerana akhbar Harakah memang boleh diperolehi di mana-mana malah PAS dan akhbar Harakah tidak pernah menafikan laporan fitnah itu.
Mahkamah juga berpendapat parti politik boleh menyaman untuk saman fitnah, walau bagaimanapun, atas isu kebolehupayaan (locus standi), tuntutan Plaintif ditolak.
Keputusan ini dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Husin pagi ini.
September lalu, UMNO Selangor memfailkan saman di bawah Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1996 terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk ‘Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS’.
Ia antara lain menuntut ganti rugi RM10 juta daripada setiap responden termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Mohamad Sabu; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lufti Othman; wartawan Khairul Azlam Mohamad serta pencetak, Angkatan Edaran Enterprise.
Mai Pikiaq Pi: Sudah-sudahlah membuat fitnah sesama manusia disebabkan fahaman politik berbeza...

No comments:

Post a Comment