Nuffnang Ads

Friday 3 August 2012

Janji Selangor mahu biaya kos guaman Rafizi dan Johari dipertikai


Keputusan Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyediakan dana khas RM5 juta daripada Geran Selangorku untuk membiayai kos guaman Mohd Rafizi Ramli dan kerani Public Bank, Johari Mohamad dipertikaikan ramai pihak.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr. Jacob George berkata, tindakan itu tidak wajar kerana menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya untuk menyelamatkan individu yang berkepentingan dalam sesebuah parti.
“Pada saya jika Kerajaan Negeri Selangor hendak menolong Rafizi, mereka boleh membuat satu tabung bebas di mana di situ boleh tolong-menolong Rafizi.
“Mereka boleh galakkan sesiapa sahaja untuk memberi sedikit bantuan kepada Rafizi di situ,” katanya lagi.
Jacob berkata, tindakan kerajaan negeri itu bercanggah dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menguruskan dana kerajaan negeri.
“Untuk kegunaan waktu ini, kerajaan negeri dengan menggunakan platform ketelusan dan kebertanggungjawaban, jadi apabila kerajaan menggunakan slogan itu, maka cakap perlu serupa bikin,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Rahman Dahlan pula menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor menawarkan pembiayaan guaman Rafizi sebagai gimik politik pembangkang yang mahukan publisiti dengan meraih simpati rakyat.
“Tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan pembiayaan adalah satu perkara yang tidak pernah kita lihat di mana-mana pun.
“Malah di pihak Kerajaan Persekutuan pun dalam kes-kes yang melibatkan kerajaan, atau melibatkan individu sudah tentu duit kerajaan tidak boleh buat begitu, jadi kes Rafizi ini hanya gimik kerajaan negeri,” katanya.
Armand Adha Abu Hanafiah, Presiden Pertubuhan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) turut mempersoalkan kewajaran tindakan Kerajaan Selangor itu.
“Persoalannya di sini, apakah asas dan keperluan sehingga Kerajaan Selangor menanggung kos guaman Rafizi sedangkan beliau mampu? Apakah relevannya buat kutipan derma titik peluh rakyat Selangor sedangkan gaji Rafizi sebelum ini puluhan ribu ringgit sebulan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor?
“Saya sebagai rakyat Selangor sama sekali tidak setuju dengan tindakan pihak MB Selangor dalam isu ini kerana ianya melibatkan pemimpin PKR yang hakikatnya cukup mampu untuk menangani masalahnya sendiri. Kalau nak bayarkan pun, adalah PKR, parti beliau sendiri dan bukannya kerajaan negeri.
“Duit kerajaan negeri Selangor adalah hak rakyat, bukannya hak kepentingan kroni-kroni pakatan. Selesaikanlah dulu masalah rakyat Selangor seperti isu sampah dan isu air, kerana ianya merupakan kepentingan dan hak rakyat Selangor, bukannya hak Rafizi Ramli,” ujarnya lagi.



Mai Pikiaq Pi: Sah-sah Kerajaan Negeri Selangor menyeleweng duit rakyat.. Jadi tunggu apa lagi.. mari kita sama-sama memboikot Kerajaan Pakatan Rakyat di empat negeri....

No comments:

Post a Comment