Nuffnang Ads

Wednesday, 8 August 2012

Manoharan lambang pemikiran dangkal pemimpin DAP


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah daripada parti DAP, M. Manoharan sekali lagi mengeluarkan kenyataan setengah masak yang memperlihatkan kedangkalan pemikirannya.
Jika sebelum ini, Manoharan dengan lantangnya mempertikaikan bentuk corak Jalur Gemilang sehingga mencadangkan agar ianya ditukar, kali ini jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pula menjadi sasarannya.
Tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat yang menolak ke tepi fahaman politik dan memberi sokongan padu kepada Chong Wei ketika pertandingan akhir badminton Sukan Olimpik London, Manoharan pula begitu seronok menghamburkan kata-kata yang merendahkan jaguh badminton negara itu.
Kenyataan Manoharan melalui laman twitternya itu telah mengundang rasa tidak puas hati pelbagai lapisan masyarakat yang mendesak agar Manoharan memohon maaf. Walaupun Manoharan telahpun memohon maaf tetapi sikapnya ini dilihat tidak pernah berubah dan mengambil iktibar daripada apa yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Menurut Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohamed Yusoff, sikap ADUN Kota Alam Shah ini jelas sesuatu yang tidak beretika malah sebenarnya dalam parti pembangkang bukan Manoharan seorang yang bersikap sedemikian rupa.
“Ramai pemimpin pembangkang yang bersikap tidak beretika dan ini menggambarkan betapa mereka ini amat tidak layak bergelar seorang pemimpin. Daripada sikap sebeginilah rakyat sebenarnya perlu membuka mata dan menilai adakah mereka ini layak untuk terus diberi mandat untuk menjadi pemimpin mewakili suara rakyat.
“Monoharan sendiri tidak pernah serik dengan kelancangan mulutnya yang biadap. Dahulu begitu lantang mahu Jalur Gemilang diubah. Bila dikutuk dan didesak, dia minta maaf. Kali ini buat lagi. Buat salah minta maaf, buat salah minta maaf. Masalahnya kesilapan yang dilakukan adalah kesilapan yang sama dan berulang. Adakah dengan meminta maaf sudah memadai dan menjanjikan pada masa akan datang dia tidak akan mengulangi lagi keceluparannya itu?
“Sikapnya ini seakan mahu melihat rakyat negara ini berpecah-belah, malah unjuran kemaafannya itu seakan tidak ikhlas dan membawa makna,” ujarnya.
Tambah Shahanim, ‘kebodohan’ yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP ini sepatutnya membuka mata rakyat mengenai sikap dan perjuangan pembangkang sendiri.
Beliau  juga menganjurkan agar rakyat berfikiran jauh sebelum terus menyandarkan harapan kepada pembangkang yang sebenarnya tidak ikhlas di dalam membela nasib rakyat.
“Pilihan raya umum (PRU) sudah hampir. Saya berharap apa yang terjadi pada 2008 tidak akan berulang. Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan sandiwara pembangkang dalam memanipulasi minda rakyat.
“Telah banyak pekung mereka yang telah terbuka, jadi fikirlah dengan matang dan mendalam sebelum membuat pilihan nanti,” katanya lagi. 
Mai Pikiaq Pi: Jangan salah pilih pemimpin pada PRU akan datang... 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'... Pilihlah pemimpin berjiwa rakyat, bangsa dan negara...

No comments:

Post a Comment