Pakatan Rakyat(PR) hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu pilihan raya turut dibincangkan pada pada Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan kesempatan Hari Merdeka ini untuk mengumumkannya.
"Saya yakin Umno-Barisan Nasional (BN) akan mengambil kesempatan pada Hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.
"Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin," sambung beliau lagi.
Mai Pikiaq Pi: Kita lihat siapa yang kena PRU akan datang... BN tetap bersedia!!!
No comments:
Post a Comment