Nuffnang Ads

Thursday, 9 August 2012

Tiga tema berbeza bukti semangat nasionalisme PR yang tumpul


Tindakan pakatan pembangkang yang mengumumkan mereka akan menggunakan tiga tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan melibatkan negeri-negeri dalam pentadbiran mereka secara jelas melambangkan niat buruk dan tumpulnya semangat nasionalisme dalam diri mereka.
Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam menjelaskan bahawa tema hari kebangsaan bukanlah satu permainan politik yang wajar untuk dipolemikkan sebaliknya ia adalah entiti sebuah negara dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan di Malaysia, Barisan Nasional (BN) yang mentadbir kerajaan.
“Tidak pernah berlaku dalam negara sejak kemerdekaan dicapai 55 tahun lalu apabila negeri mempunyai tema hari kebangsaan yang berbeza dengan sambutan di peringkat kebangsaan apatah lagi ia melibatkan tiga tema berbeza untuk empat buah negeri,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan , Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ dan Kelantan pula akan menggunakan tema ‘Menerajui Perubahan’ manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah ‘Terus Berbakti’.
“Pakatan pembangkang tidak menerima dasar kebangsaan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pusat dengan mewujudkan tiga tema berbeza sedangkan ini bukan perkara main-main sebaliknya tema ini adalah nilai satu integriti Malaysia dalam satu negara dan menjadi cermin bangsanya ke peringkat antarabangsa.
“Pakatan pembangkang ini terlalu dikotori dengan agenda politik sehinggakan tema hari kebangsaan yang sewajarnya dapat melambangkan kesatuan dan kejituan dalam rakyat Malaysia juga menjadi bahan propaganda,” katanya.
Tambah beliau, tema ini bukan melibatkan mana-mana parti politik sebaliknya ia berkait dengan nilai kemerdekaan negara yang telah dicapai dan apa pengisian-pengisian yang berlaku sepanjang tempoh itu dan dalam hal ini kerajaan pusat mengaitkan dengan janji-janji kepada rakyat yang telah ditunaikan.
“Sesiapa pun pasti tidak pernah terfikir bahawa akan wujud pelbagai tema membabitkan negeri-negeri yang berbeza kerana perbezaan tersebut sebenarnya akan mengundang masalah yang besar kepada negara khususnya melibatkan perpaduan yang terpecah dan juga wujudnya semangat kenegerian antara satu sama lain.
“Tema ini adalah semangat kebangsaan sebagai sebuah negara bersempena hari kemerdekaan maka tentunya sifat patriotik dan cintakan tanah air akan tercetus tanpa ada perbezaan antara negeri-negeri yang ada dalam negara ini,” katanya.
Ujar beliau, apabila wujudnya tema yang berlainan antara beberapa negeri yang mana ia bertentangan pula dengan tema peringkat pusat maka ia secara tidak langsung akan mewujudkan sifat individualistik, semangat kenegerian dan menggalakkan perpecahan kerana tiap-tiap negeri tidak bersatu atas semangat nasionalisme.
“Patutnya pakai satu tema saja dan ikut apa yang dicadangkan di peringkat Pusat kerana ia tidak berkaitan dengan mana-mana idealogi politik apatah lagi tema yang pelbagai ini akan memecahkan kelancaran pengurusan antara negeri dan pusat yang secara tidak langsung menanamkan proses benci kepada Pusat .
“Jika diteruskan juga tindakan sedemikian, maka kesannya amat buruk iaitu mendalamkan perpecahan rakyat lantaran fahaman politik yang berbeza dan sekiranya penguasaan pakatan pembangkang berterusan maka akan mewujudkan permusuhan antara kerajaan Pusat dan negeri terbabit.”
Terang beliau lagi, dari sudut psikologi cadangan tema yang berbeza-beza ini boleh mendorong kepada pemisahan antara negeri dengan negara ini sebagaimana yang pernah berlaku apabila Kelantan mencadangkan untuk keluar dari Malaysia dan Pulau Pinang sendiri yang pada mulanya enggan menyertai Persekutuan.
“Inilah natijahnya apabila merasakan diri terlalu kuat maka akan menjejaskan perpaduan dan menggalakkan kepada jurang perpecahan yang sangat besar,” katanya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Pakatan yang rapuh untuk kepentingan peribadi pemimpin masing-masing...

No comments:

Post a Comment