Nuffnang Ads

Friday 3 August 2012

Pembangkang Jangan Berlagak Seperti Ayam Berkokok Berderai, Ekor Penuh Tahi


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pembangkang jangan berlagak seperti "ayam berkokok berderai-derai tapi ekor penuh tahi" hanya kerana ada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar parti sedangkan mereka lupa 13 wakil rakyat mereka sudah pun awal lagi bertindak demikian.
“Sepatutnya mereka sedar sebenarnya 14 YB pembangkang telah keluar parti mereka penggal ini. Enam Ahli Parlimen PKR (Bayan Baru, Kulim Bandar Baru, Nibong Tebal, Wangsa Maju, Padang Serai, Bagan Serai), lima ADUN PKR (2 Perak, 2 Kedah, 1 Selangor), Dua orang DAP (Perak) & seorang ADUN Pas (Dr Hasan Ali)..
“Seramai 14 YB mereka dibandingkan hanya empat YB BN (Beaufort, Tuaran dan sebelum ini Sepanggar & Tawau)”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Tegas beliau, angka mereka yang keluar daripada kumpulan pembangkang ini perlu selalu diingatkan kerana bak kata Tun Dr. Mahathir, "Melayu mudah lupa".
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, statistik ini tidak pernah menipu dan itulah angkanya.
“Bandingkan seramai 14 dan empat. Kita harap pembangkang sedar diri bahawa merekalah yang patut berasa kecewa atas keluar parti ramai pimpinan mereka.
“Untuk penyokong BN, kita akan terus berjuang dan biarkanlah segelintir mereka yang tidak setia itu. Kita jangan kecewa walaupun begitu, kita juga perlu terus berhati-hati dengan perangkap pembangkang yang selalu memutarbelitkan fakta yang benar," ujarnya.
Beliau seterusnya percaya  kemenangan akan berpihak kepada pihak yang benar.
“Percayalah perjuangan BN adalah membawa kebenaran, membela rakyat, membangun semua tempat termasuk Sabah dan Sarawak serta kawasan luar bandar yang masih lagi perlukan pembangunan," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Biarkan segelintir pemimpin yang tidak setia itu keluar daripada menjadi gunting dalam selimut....

No comments:

Post a Comment