Nuffnang Ads

Tuesday, 14 August 2012

Pembangkang eksploitasi Hari Kebangsaan


Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria berkata, pembangkang cuba mengeksplotasikan tema hari kebangsaan adalah kerana mereka berasa cemburu dan tercabar malah iri hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Katanya, penerimaan rakyat terhadap transformasi-trasnformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri membuatkan pembangkang berasa tergugat. Kerana itulah apabila tema ‘Janji Ditepati’ dipilih sebagai tema hari kebangsaan, pembangkang cuba meracun minda rakyat bahawa tema tersebut berbaur politik.
“Setiap tahun kerajaan mempunyai tema dalam sambutan hari kebangsaan dan tidak ada sesiapa pun mempertikaikannya malah semua orang menjiwai tema yang telah dipilih sebagai harapan dan hasrat kerajaan dalam mengajak rakyat untuk sama-sama menghargai kemerdekaan negara.
“Persoalannya, mengapa tema pada kali ini dipersoalkan oleh pembangkang. Ini adalah kerana mereka cemburu dengan kejayaan Perdana Menteri meraih perhatian dan hati rakyat. Mereka cuba membuat eksplotasi murahan semata-mata kerana kepentingan sempit mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Sebenarnya mereka trauma dengan perkataan ‘janji’ kerana apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan dan janjikan semuanya ditunaikan dengan sempurna. Namun mereka hanya pandai berjanji tetapi hakikat sebenar mereka tidak dapat menunaikan apa yang telah dikatakan,” ujarnya lagi.
Nizar yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Parit menambah, pembangkang sedar PRU13 semakin hampir dan tema yang telah kerajaan pilih sempena hari kebangsaan ini pula menambah rasa tersepit mereka dalam cubaan menambat hati rakyat.
Jelasnya, pembangkang masih berusaha dan terus berharap agar tsunami politik yang terjadi pada tahun 2008 akan berulang pada PRU13 ini. Sebab itu, apa sahaja ruang yang ada untuk merosakkan imej kerajaan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka termasuklah isu tema hari kebangsaan ini.
“Mereka sedar, apa yang terjadi pada PRU 2008 tidak akan berulang lagi kerana Datuk Seri Najib telah berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Namun pembangkang tidak pernah putus asa dan masih cuba merusaha untuk merosakkan imej Perdana Menteri dan kerajaan sendiri.
“Mereka sedar tetapi enggan mengakui bahawa janji kerajaan adalah janji yang boleh diguna pakai sedangkan janji mereka hanya untuk mengaburi mata rakyat. Manifesto mereka pada PRU12 sehingga kini masih terlalu banyak yang tidak tertunai. Kerana itu tema 'Janji Ditepati' membuat mereka ‘panas punggung’,” ujarnya.
Nizar amat berharap agar rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan agenda jahat pembangkang dalam cubaan mengeksplotasikan tema hari kebangsaan ini. Tema yang telah dipilih oleh kerajaan ini adalah amat bertepatan kerana dalam agama Islam sendiri menegaskan bahawa setiap janji yang telah diungkap haruslah ditunaikan. 
Mai Pikiaq Pi: Apa sahaja yang kerajaan lakukan tetap akan ditolak oleh pembangkang walaupun ia membawa manfaat kepada semua rakyat... Inikah pemimpin yang kita cari demi periuk nasi politik mereka sahaja....

No comments:

Post a Comment