Nuffnang Ads

Monday 13 August 2012

Kafir Harbi: Harussani sokong kenyataan Pengasas Pondok Geting


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang berkata, adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Menurutnya, oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap ulama pondok itu kerana kenyataannya benar dan tidak bertentangan dengan Islam.
“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian ketika mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.
Abdullah Sa’amah seperti dilaporkan Utusan Malaysia, 8 Ogos berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
“Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.
“Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Kita patut memulaukan parti yang sah-sah menentang Islam... Jangan sokong mereka... Jangan berdiri di belakang mereka...

No comments:

Post a Comment