Nuffnang Ads

Tuesday 28 August 2012

Anwar punca parasit menular dalam kepimpinan Pas


Kepimpinan Pas khususnya Jawatankuasa Pas Pusat seakan dikuasai oleh golongan parasit yang tentunya didalangi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan banyak keputusan yang tidak menggambarkan ketegasan terhadap Islam termasuklah pelaksanaan hudud.
Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub menyatakan bahawa tindakan Pas yang masih terus mengharapkan Anwar untuk menyokong pelaksanaan negara Islam dan hudud ibarat jauh panggang dari api.
“Hanya orang yang tidak siuman saja yang boleh mempercayai bahawa Anwar akan bersetuju dengan usaha Pas itu. Jadi sudah jelas yang untungnya Anwar dan DAP dan yang ruginya Pas,” katanya.
Jelasnya, veteran telah menduga bahawa Pas tidak akan berani membuat sebarang keputusan terhadap bangkangan DAP tentang pelaksanaan negara Islam dan hudud walaupun banyak pihak berharap Pas akan membuat satu keputusan yang tegas dan berani dalam mesyuarat AJK Pusatnya yang lalu.
“Terbukti kepimpinan Pas telah bacul dan akan terus menjadi barua DAP walaupun terpaksa menggadai maruah perjuangan dan kerana kebaculan pimpinan Pas itulah maka DAP semakin kurang ajar dan angkuh serta sombong.
“Malangnya yang nampak keangkuhan DAP ini tidak ramai dalam kepimpinan Pas, kecuali beberapa orang seperti Nasharudin dan Nik Abduh yang berani bersuara dan bakal menerima tindakan seperti apa yang berlaku kepada Hasan Ali,” katanya.
Ujarnya lagi, Pas akan terus bersekongkol dengan DAP dan PKR demi untuk mencapai matlamat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Dalam persekongkolan itu Pas akan menjadi alat kepada Anwar dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri dan membantu cita-cita DAP dan kerana dendam tak sudah Pas kepada UMNO maka Pas menjadi pak turut DAP, walaupun dasar perjuangan antara dua parti itu seperti langit dengan bumi,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau dan anggota Veteran UMNO Malaysia menyeru penyokong Pas supaya menolak parti itu demi kesucian agama Islam yang diperalatkan pimpinan Pas selama ini.
“Sesungguhnya pimpinan Pas telah sesat dan mereka menyesatkan. Nauzubillahi min zalik,” katanya. 
Mai Pikiaq Pi: Pas sudah jauh menyimpang daripada matlamat asalnya....

No comments:

Post a Comment