Nuffnang Ads

Wednesday, 1 August 2012

PR tubuh JK pilih tema Hari Kemerdekaan

Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan jawatankuasa pemilihan tema Hari Kemerdekaan bagi menukar tema yang diberikan kerajaan, 'Janji Ditepati' yang merupakan slogan Barisan Nasional (BN).

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dianggotai bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Gerakan, Dr. Toh Kin Woon dan Pengarah Eksekutif  Women's Aid Organisation ( WAO), Ivy Josiah.


Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat, selepas PR membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.



Mai Pikiaq Pi: MPP peliklah dengan PR ni... Tak sudah-sudah bangkang apa yang kerajaan telah lakukan.. Tema Hari Kemerdekaan adalah hak kerajaan untuk tentukan, kalau PR jadi kerajaan nanti, hang pa buatlah ikut hati masing-masing.. Tak ada siapa nak ganggu... Sudah-sudahlah untuk berbuat dosa.....

No comments:

Post a Comment