Semakin ramai penganalisis politik bersetuju pengaruh kumpulan moderat merupakan punca utama PAS tersasar dari matlamatnya dan menyebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hilang ‘taring’ dalam menerajui parti itu.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Shamsu Adabi Mamat berpendapat, terdapat segelintir pengikut sudah lama dalam parti PAS mempunyai pemikiran ‘moderate’ beranggapan seolah-olah hudud menjadi asas perjuangan parti itu.
Malah, menurutnya ia dilihat menjadi punca utama kumpulan tersebut mengingkari kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan pemimpin menutup mulut berhubung isu hudud.
“Kumpulan-kumpulan ini memberikan pandangan mereka dalam hal-hal hudud ini, hudud ini ia seolah-olah menjadi asas perjuangan PAS. Jadi, kebanyakan kumpulan-kumpulan yang sudah lama dengan PAS ini mempunyai pemikiran dan perjuangan Islamik hudud yang tebal.
“Sudah pasti mereka tidak berkenan dengan situasi dominasi DAP terhadap PAS negara berkebajikan jadi mereka inilah sebenarnya yang mengemukakan pandangan yang bercanggah dengan kepimpinan PAS,” katanya dihubungi
AntaraPos.
Penganalisis Politik, Ahmad Atory Hussein ketika dihubungi AntaraPos berkata, arahan ‘tutup mulut’ isu hudud yang dipersetujui bersama sebelum ini tidak lagi dihormati, malah Hadi dilihat sebagai tidak lagi dihormati.
“Pemimpin tertinggi PAS (Hadi Awang) sudah hilang taring kerana tidak dihormati lagi, kalau dia berwibawa tentu orang hormat.
“Kini sudah tidak ada disiplin dalam kalangan ahli PAS yang boleh patuhi seperti UMNO yang boleh dibanggakan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin PAS sebelum ini termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang kini menjadi Timbalan Ketua Pemuda Pas ‘melanggar’ arahan Abdul Hadi untuk ‘tutup mulut’ isu hudud.
Mengulas lanjut, Ahmad Atory menambah, parti Islam itu juga dilihat gagal dalam amalan demokratik kerana cuba menghalang pimpinannya yang lain daripada bersuara atau memberi komen berhubung isu hukum hudud.
Menurutnya, jika perkara ini berterusan maka pengaruh PAS akan semakin pudar dalam kalangan penyokongnya.
“Kalau tindakan pemimpin PAS ini tidak dibendung atau dibiarkan oleh ahli dan penyokong, ini akan mengurangkan lagi pengaruh PAS,” jelasnya
Kumpulan moderat PAS adalah nama lain kepada kumpulan ‘liberal PAS’ yang sering disebut-sebut oleh bekas Pengerusi Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd Ali sebagai kumpulan ‘parasit-parasit’.
Selepas CSID, Anwar juga diiktiraf oleh RAND Corporation sebagai salah seorang ‘
rangkaian Muslim Moderat‘pada tahun 2007.
Abdar Rahman Koya adalah antara individu pertama yang berjaya mengesan bahaya Anwar sejak dari September 2004.
“Sewaktu berada di Hospital Munich, pemerhati dan penyokongnya memberikan pandangan sepintas lalu terhadap Anwar ‘baru’ seperti yang dikatakan di mana dia baru sahaja menghabiskan masa selama 6 tahun di belakang tirai besi.
Personaliti yang melawatnya, daripada bekas Presiden Indonesia seperti Abdurrahman Wahid, BJ Habibie, intelektual Islam seperti Yusuf Qaradawi dan sebagainya, kepada pembuat-keputusan politik kanan Eropah dan AS, dan juga temu ramahnya bersama media Barat, telah mendedahkan gambaran serupa Anwar sebagai seorang Muslim ‘Moderate’ yang telah dipelihara oleh inkubator media Barat.
“Rasa sangsi ini ditambah lagi dengan pertemuan Anwar di Munich bersama Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz, seekor ‘pemangsa’ dalam pentadbiran Bush dan arkitek serangan AS ke atas Iraq tahun lepas,” kata Abdar Rahman yang juga salah seorang ahli kumpulan Crescent International.
Crescent International satu majalah pertubuhan Islam antarabangsa yang berpangkalan di Toronto (Kanada), London (United Kingdom), Pretoria (Afrika Selatan) dan Karachi (Pakistan).
Kemudian, pada Jun 2005, Abdar Rahman mengupas khusus tentang masa depan PAS selepas Anwar disahkan berpihak kepada AS.
“Suka atau tidak, Anwar dan parti yang dia menjadi penasihat sekarang telah mengadakan hubungan dengan PAS, sebagai apa yang dikenali sebagai Barisan Alternatif. Ini memberikan banyak masalah kepadanya secara peribadi, terutamanya kerana dia perlu terlibat dalam kepentingan dunia, sebagai contoh bertemu dengan pemimpin berhaluan kanan dari Washington dan kumpulan pemikir dari Barat, yang kesemuanya akan membentuknya sebagai seorang “pemimpin Muslim yang moderat”.
“Apabila ditanya sama ada dia (Anwar) bersetuju dengan usaha PAS untuk sebuah Negara Islam, dalam kebanyakan soalan disebutkan bahawa Negara Islam bermaksud penafian terhadap kebebasan kepada bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka, jawapan Anwar hanya menekankan kepada persepsi seperti : Beliau berkata PAS perlu bekerja dalam lingkungan sebuah “jaminan perlembagaan” dalam kebebasan beragama kepada bukan Muslim.
“Ketika semua ini sedang berlaku, kepimpinan PAS telah berdiam diri. Kebanyakan penganalisis dan penyokong telah beranggapan sikap ini sama seperti kekosongan kepemimpinan, khususnya selepas ketiadaan arwah Fadzil Noor, Presiden PAS sebelum ini, pada 2002, tetapi terdapat beberapa sebab lagi, di kalangan mereka ada yang bersikap mahu mengambil alih kuasa daripada UMNO,” katanya.
“Survival PAS sebagai sebuah gerakan Islam untuk menyuarakan Islam di Malaysia akan menghadapi risiko, kerana ia terperangkap dalam sistem… Ia seolah-olah mahu survival sebagai ‘mesra market’ parti politik dan bekerjasama dengan Anwar, yang dijangkakan akan menjadi Perdana Menteri.
“Hasilnya, dalam jangka panjang (jika boleh diperbaiki) kerosakan terhadap gerakan Islam, dan risiko (untuk PAS) berubah kepada satu parti politik ‘Islam’ ala Turki yang (hanya) muncul untuk peti undi dan beberapa perkara kecil yang lain”, katanya.
Mai Pikiaq Pi: ANWAR IBRAHIM adalah musuh dalam lipatan perjuangan Islam!!!