Sehingga ke hari ini pembangkang terus gagal untuk menunjukkan kabinet bayangan mereka sungguhpun beberapa pihak melemparkan cabaran agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyenaraikan kabinet tersebut.
Mengulas mengenai perkara itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ali Mazat Salleh berkata, pembangkang terutama Anwar tidak akan menyahut cabaran itu. Anwar seperti yang diketahui umum suka menaburkan segala janji demi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Menurut beliau jika diumumkan senarai tersebut maka akan terbongkarlah segala janji-janji yang ditaburkan Anwar kerana semua pemimpin pembangkang telah dijanjikan jawatan-jawatan yang penting.
“Mustahil Anwar akan berbuat demikian…mustahil…Keduanya mereka tidak ada pemimpin yang berkaliber untuk diketengahkan dan ketiganya pula ini menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya tidak berpakat antara satu sama lain.
“Saya rasa perkara ini sudah banyak diceritakan oleh pelbagai pihak yang mana mereka sebenarnya tidur sebantal dan mimpi lain-lain. Jika sudah boleh tidur sebantal tentunya tidak ada masalah untuk menyenaraikan perkara itu sekarang. Banyak alasan pula yang keluar…Alih-alih bukan masanya dan macam-macam lagilah. Jika betul mereka berpakat dan benar-benar untuk berkhidmat kepada rakyat, itu adalah satu perkara yang cukup mudah,” katanya.
Kata beliau lagi sepatutnya perkara ini dijadikan peluang keemasan mereka untuk rakyat menilai senarai barisan kabinet mereka.
Ali Mazat yang juga Ketua Pemuda Kulai seterusnya berharap rakyat dapat melihat bagaimana permainan politik sebenar pembangkang dan kegagalan mereka dalam menguruskan amanah dan tanggungjawab setelah diberikan mandat.
“Sebenarnya pembangkang ini tiap satu parti sudah diberikan peluang untuk membuktikan keupayaan mereka. Pas di Kelantan dan Kedah, DAP pula di Pulau Pinang dan PKR di Selangor. Tapi apa jadi pada negeri-negeri berkenaan.
“Kelantan setelah 22 tahun mentadbir apa yang rakyat dapat manfaat….Dari sudut pembangunan..Masalah air dan sebagainya. Di Selangor ada juga masalahnya dan begitu juga di Pulau Pinang. Jadi harap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik mungkin,“ katanya.
Mai Pikiaq Pi: Kabinet bayangan pembangkang adalah kabinet anak beranak....
No comments:
Post a Comment